[HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat
memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu
menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui
khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu
terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali
sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah
membeli gambar isterinya itu.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.
Nur Hayah : Selepas jual gambar, jual apa pula? Marilah sama-sama menjalani cara hidup yang sihat dan beragama. Janganlah kerana sedikit habuan dunia, nilai dan agama menjadi taruhan.. Insafilah wahai insan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan