Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Buku Sekolah Kehidupan

keratan Akhbar

oleh : Nyza Ayob (Wartawan)

Mungkin ada kalangan kita yang sering kecewa dan berputus asa kiranya apa yang diusahakan tidak membuah hasil atau terkandas di pertengahan jalan. Hanya motivasi kepada diri mampu menarik kita membina keyakinan untuk terus menempa jalan kejayaan.

Bagi anda yang tercari-cari sumber untuk mencerakin semangat serta motivasi kepada diri, buku Sekolah Kehidupan boleh membantu anda bangkit membina keyakinan.

Buku karangan Habin Faisal Mohamed ini merupakan satu buku siri pengalaman, kaunseling dan motivasi yang dihasilkan dengan gaya persembahan yang berbeza dan unik. Pengarang mengemukakan pandangan dengan gambaran berdasarkan situasi yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kandungan buku ini memberi penjelasan tentang titik noktah penting yang perlu kita fahami atas setiap fenomena yang berlaku. Ini kerana setiap yang berlaku itu merupakan satu anugerah yang amat bernilai. Sekiranya kita tidak peka dengan keadaan ini, mengakibatkan tumpuan kita teralih serta tidak ada peningkatan poditif bagi diri kita.

Ini yang ditegaskan pengarang dalam "Sekolah Kehidupan" bahawa hidup ini ibarat sebuah sekolah besar yang terbentang luas, di dalamnya penuh dengan sukatan kurikulum pendidikan kehidupan.

Setiap orang yang menempuhinya perlu melalui proses pembelajaran dengan Kurikulum yang ditetapkan. Sama ada akan lulus dan terus ke kurikulum berikutnya atau gagal, dipaksa mengulang dan terus mengulang sehingga lulus. Itulah yang dinyatakan dengan Sekolah Kehidupan.

Selain menyororti pengalaman diri dalam motivasi yang terkandung dalam buku ini, pengarang menyimpulkan konsep hidup ini berlandaskan dari intipati al-Quran dan Hadis. Beliau juga memetik kata-kata cenkiawan yang menjadi pujangga kepada pedoman hidup sejak zaman berzaman.

Pembaca juga akan mendapati, mmbaca buku ini merupakan satu pengembaraan hidup yang menarik untuk dijadikan pedoman dan panduan.

Buku Sekolah Kehidupan ini boleh memberi pengajaran dan inspirasi yang akan membawa kesan kepada minda, sikap, kejayaan, perniagaan, kerjaya dan kehidupan seharian kita.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan dengan buku Sekolah Kehidupan boleh hubungi 012-2111 044 atau email kepada hfzgroup@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan