Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Ahad, 9 Oktober 2011

APA ITU PROGRAM NUR HAYAH?

Program Nur Hayah merupakan satu program kesedaran kepada masyarakat bagi menangani gejala sosial dan menjauhi cara hidup berisiko tinggi yang boleh menjerumuskan diri kepada bahaya penyakit HIV/AIDS. Kami memberi penekanan tentang peripentingnya menjalani kehidupan secara sihat dan beretika serta berteraskan keagamaan. Disamping itu juga, program ini bertujuan membuat rawatan dan kaunseling kepada mereka yang terlibat.

Program Nur Hayah ini dibahagikan kepada beberapa peringkat perlaksanaannya ;
1. Program Kesedaran & Motivasi.
2. Pengumpulan Maklumat Golongan Sasar.
3. Home Visit & Contact (Lawatan Ke Rumah).
4. Penempatan Induksi (1-3 Bulan).
5. Rawatan Lanjutan.
6. Kaunseling Keluarga.
7. Program Pencegahan.

Kategori Kumpulan Sasar ;
1. Masalah sendiri / individu itu sendiri yang mempunyai masalah virus tetapi tidak mahu tampil kehadapan mendapatkan rawatan serta kaunseling kerana malu, jahil, jaga maruah diri, maruah keluarga, bimbang disingkir keluarga, jiran serta masyarakat dsb.
2. Masalah pasangan / Tidak ingin mengadu tentang kegiatan pasangan yang berisiko atau mempunyai jangkitan dengan alasan takut, menjaga kedudukan, maruah, malu dsb.
3. Masalah ahli keluarga & saudara mara / Menyembunyikan tentang keadaan ahli keluarga yang terlibat daripada diketahui pihak berwajib untuk tindakan rawatan dan kaunseling kerana menjaga nama baik keluarga serta bimbang keluarga akan disisih masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan