Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Ahad, 27 November 2011

Alat Pengukur Zakar

Pautan di bawah ini berkisar tentang usaha mencegah AIDS di Thai. Antara usaha yang sedang dilaksanakan di sana termasuklah melancarkan alat pengukur zakar pakai buang. Tujuan alat pengukur ini dicipta adalah untuk memudahkan orang lelaki mengenal pasti saiz zakar masing-masing.

Mengapa? Dengan mengetahui saiz zakar yang tepat maka mudahlah mereka membeli kondom yang sesuai dengan saiz mereka. Mengapa? Menurut Dr Somyos Kittimankhong, saiz kondom yang tidak sesuai akan menyebabkan kondom itu tercabut atau mengurangkan nikmat semasa hubungan seks, manakala kondom yang terlalu kecil pula akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pemakai.


Katanya lagi, saiz kondom yang kurang sesuai merupakan faktor yang menyebabkan lelaki tidak mahu memakai kondom semasa aktiviti seks. Tambahnya lagi, keengganan lelaki memakai kondom menyebabkan AIDS mudah tersebar. Yang menariknya, kata Dr Somyos, tep pengukur zakar itu hanya sepanjang 49 hingga 56 milimeter (4-5 cm), cukup untuk mengukur "saiz standard zakar orang Thai".


Itu cara orang bukan Islam di Thai. Bagi orang Islam, cara paling berkesan untuk mencegah AIDS ialah jangan berzina dan melakukan seks secara rambang. Mudah! Bagi yang taat kepada perintah Allah, insya-Allah selamat. Bagi yang ingkar, maka Islam telah meyediakan hukuman syariah untuk mendidik manusia. Itulah sebab Islam tegas menghalang umatnya berzina, malah hukuman hudud bagi perlakuan ini amat tegas dan berat kerana Allah SWT Maha Mengetahui kesan perlakuan keji tersebut kepada manusia.


Namun, malang, ada sesetengah golongan "cerdik pandai" menegaskan bahawa hukuman sebat dan rejam itu kejam. Mereka lebih rela membaca di dada akhbar tentang kes zina di sana-sini serta penyebaran wabak penyakit berkaitan dengan zina daripada berjuang untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini. Malang juga apabila akal yang diberikan oleh Allah SWT gagal dipandu oleh mereka untuk mengkaji sebab Allah SWT menyuruh manusia berpegang pada hukuman hudud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan