Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Jumaat, 25 November 2011

Buka Kedai Tudung, Tetapi Tidak Pakai Tudung...

Kami Petik ;

SH melaporkan aktres jelita, Rozita Che Wan bakal membuka butik tudung bersama dua adiknya, pelakon Ayu Raudhah dan Rubytah iaitu isteri kepada pelawak Lan Pet Pet.
Kata Rozita, idea tersebut datang daripada adiknya, Ruby yang merupakan bekas penuntut fesyen di sebuah kolej swasta.
 
“Idea membuka perniagaan ini sebenarnya sudah lama, tetapi kami mencari produk paling sesuai. Kami akan membuka butik di USJ, Subang.
 
"Buat masa ini, kami sudah menyiapkan 100 jenis rekaan. Cuma kami mahu memperbanyakkan lagi koleksi rekaan dan juga fabrik,” katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2011, Jumaat lalu.
 
Menurut Rozita, butik itu akan dilancarkan sekitar Disember ini dan mereka sepakat menamakan butik mereka, Padusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan