Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi
dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.
Ada
riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. kebanyakan ketawa baginda
ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti
embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa
ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.
Bagaimanapun,
semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah
bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.
Saidina
Ali r.a. juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan
jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara
keterlaluan.
Maka,
Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan
suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang
beriltizam dengan agama Islam ini.
Al-Banna
tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda
Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan
melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan
amalan dan tindakan.
Ini
kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan
fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita
akibat penjajahan yang berterusan.
Tetapi,
jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan
kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah
pula.
Maka,
sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk
memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam.
Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran
kita setelah penat bekerja dalam seharian.
Atau
jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka
bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam
hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus
lagi adalah untuk senda gurauan.
Bagaimanapun,
peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang
Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya
ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak
ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.
Muhasabah
Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?
Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?
Beruntunglah
bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri
bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah
mereka dalam kalangan mereka yang rugi.
Cabaran
untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah
kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat
kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam
selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua
ini.
Sekiranya
lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka
kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan
dapat dipertingkatkan.
Sistem
kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa
pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang).
Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah
dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.
Namun,
sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang
melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang
bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.
Atau,
dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..
Iaitu
program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80
peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada
program-program yang bersifat keagamaan.
Ditinjau
dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w,
Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim
yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan
banyak waktunya yang berkualiti.
Iaitu, biarlah mereka
lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah
program-program yang bersifat santai sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan