Orang yang cerdik dan pandai serta hebat dikalangan orang yang beriman adalah orang yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat dan sekejap (di dunia ini) untuk hidup yang panjang (di akhirat Allah nanti). Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Sebagai persedian untuk permulaan hidup yang baru (setelah mati) maka hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu akan menjamin kebahagiaan dan ketenangan serta kejayaan yang sebenar. Ianya adalah sebagaimana berikut :
Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Sesiapa yang mengamalkan tahajjud dalam kehidupan hariannya dijanjikan oleh akan dijauhi serta membunuh segala penyakit kronik dalam diri.
Kedua : Membaca Al-Qur'an. Membaca Al-Qur'an dan mengamalkan segala isi kandungannya. Sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. yang mana akhlak baginda adalah Al-Qur'an. Bererti Rasulullah s.a.w. memahami dan menjadikan Al-Qur'an sebagai manual hidup baginda. Begi jugalah sepatutnya bagi kita.
Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat dihindari sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan