Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Ahad, 27 November 2011

Salam Ma'al Hijrah buat semua...


Alhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat yang Esa kerana masihdiberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah ini. Di kesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah pada semua muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, bakal memberikan sirna baru untuk kita semua dan dapat mengambil pelbagai iktibar serta manjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh tauladan terutama dari peristiwa hijratur rasul s.a.w.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang dianggap asing itu (orang yang melaksanakan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia)" (Riwayat Muslim dan Tarmidzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan