Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Selasa, 29 November 2011

Tips Elak Pergaduhan...

Tujuh tip untuk mengelakkan pergaduhan antara diri anda dan pasangan anda yang boleh membawa kepada perceraian.

Sekarang, bercerai bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian. Pasangan yang kita lihat hidup bahagia pada awalnya, berpisah pada akhirnya. Kalau dahulu, bercerai adalah perbuatan yang terkutuk dan sangat di pandang hina oleh masyarakat. Sekarang, bercerai adalah perkara biasa dan ia di anggap antara rintangan dalam hidup yang semua orang perlu hadapi.
Untuk mengelakkan anda dan pasangan anda dari bercerai, artikel ini senaraikan tujuh tip yang boleh membantu diri anda.

Tip pertama : dengar apa yang pasangan anda ingin katakan
Dengar dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian barulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah di sebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak di gunakan.

Tip kedua : Bercakap menggunakan nada yang rendah dan mendatar

Ketika ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata – kata menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.

Tip ketiga : Terima pasangan anda seadanya

Ada pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana , mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian barulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.

tip elak pergaduhan

Tip keempat : Perkahwinan hanya melibatkan dua insan
Jangan libatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.

Tip kelima : Sentiasa kekal dengan keputusan bersama
Pastikan anda melakukan perkara yang telah di persetujui bersama – sama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

Tip keenam :  Maaf dan lupa
Jika anda sayang pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.

Tip ketujuh : Khidmat kaunseling
Jika tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga  seperti kounselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan