Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Ahad, 9 Oktober 2011

Keajaiban Bersedeqah 02

01. Jalan keluar datang setelah dinyatakan tidak ada lagi harapan untuk sembuh.
Seorang pemuda terpaksa masuk hospital kerana penyakit kronik yang di deritainya. Setelah dilakukan pemeriksaan, doktor menyatakan harapan untuk sembuh amat nipis. Lalu doktor itu berkata kepada ibunya ; "Penuhilah segala keinginannya kerana agaknya dia tidak ada lagi harapan untuk sembuh, namun Allah yang maha mengetahui". Ibunya amat sedih dengan kenyataan tersebut. Dia teringat dengan buah hatinya dan cemas kalau dia bakal berpisah dengannya untuk selama-lamanya. Dia pun menjual semua emal yang dia miliki dan menyedekahkan seluruh hasil jualannya.
Beberapa hari setelah itu, doktor memberitahu ibunya bahawa anaknya mempunyai harapan sembuh dan keadaannya kian bertambah baik sedikit demi sedikit. Akhirnya, dia pun keluar hospital beberapa hari setelah itu dalam keadaan sihat walafiat. Mereka semua bersyukur kepada Allah di atas kesembuhan dan kasih sayang yang Dia berikan.

02. Tanda-tanda kesembuhan pun mula kelihatan.
Seorang doktor menghubungi suami kepada seorang wanita yang sedang terlantar di hospital. Dia memberitahu isterinya sedang dalam keadaan kritikal. Menurut analisis perubatan, peluangnya untuk sembuh tipis sekali. Mendengar berita ini, si suami amat kecewa dan segera mengeluarkan sedeqah berupa emas milik iaterinya. Dia berangkat menuju hospital dan sesampainya disana, doktor memberitahu kepadanya bahawa beberapa saat yang lalu (yakni pada waktu yang sama si suami bersedeqah) mula nampak tanda-tanda penyembuhan pada diri isterinya dan bakal segera dipindahkan ke wad pesakit luar. Beberapa hari selepas itu, dia keluar hospital. Segala puji bagi Allah pemilik seluruh keutamaan dan kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan