Kami petik ;
Bagaimanapun, gadis itu bernasib
baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di
sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6
November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.
Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.
Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.
Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.
Menurutnya, tragedi hitam dalam
hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas
dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya
berusia 20-an untuk ‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.
Nur Hayah : Orang sanggup lakukan apa sahaja dan tidak lagi memikirkan moralnya atau agama jauh sekali. Hidup ini tidak akan bahagia dengan menyusahkan orang lain. Bahkan akan lebih sengsara. Bertaubatlah wahai manusia... Pembayar hutang dan penerima bayaran hutang dgn cara begini - sama2 dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Renung-renunglah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan