Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Isnin, 9 Januari 2012

Mini Ekspo Nur Hayah City Centre

Pihak Pengurusan Nur Hayah City Centre (NHCC) akan mengadakan Mini Ekspo Nur Hayah City Centre (NHCC) serta Jamuan Amal - Gulai Kawah pada 23 Januari 2012 (Isnin). Semua dijemput hadir untuk menjayakan Mini Ekspo Nur Hayah City Centre ini.

Mini Ekspo Nur Hayah City Centre ini akan di adakan sebagaimana berikut ;
     Tempat : Nur City Centre
     Alamat : No. 266 Jalan Belakang Masjid, 
                   Persiaran Pantai Irama 
                   16300 Bachok Kelantan
     Tarikh : 23 Januari 2012 (Isnin)
     Masa : Jam 8.00 pagi hingga 06.00 petang

Objektif ;
Memberi maklumat kepada orang ramai tentang HIV dan AIDS serta cara menangani dan mengatasinya.
Mengumpul dana untuk membantu golongan armalah (ibu tunggal) dan kanak-kanak (anak-anak yatim) yang hidup dengan virus RVD.
Mengumpul dana bagi membangunkan penempatan penginapan induksi, rawatan dan kaunseling kepada golongan berkenaan dan orang ramai.
Pusat maklumat dan aktiviti bagi menangani isu HIV dan AIDS Negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Moto Kami ;
“Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia”

Matlamat Kami ;
“AIDS sifar menjelang 2020”
“Kanak-kanak sifar HIV menjelang 2020”
“Pasangan sifar HIV menjelang 2020”
“Kematian Sifar AIDS 2020”

Perancangan Masa Depan
Membina tempat penginapan sementara (induksi) kepada armalah (ibu tunggal) dan anak-anak yatim yang mengidap virus RVD di tempat yang kondusif dan selesa dengan keperluan kesihatan mereka yang akan diberi nama sebagai NUR HAYAH CITY CENTRE bertempat di Desa Permai, Permatang Pusu Melor Kota Bharu Kelantan di atas tanah seluas 3 ekar.

Kupon atau Tiket Jamuan Amal - Gulai Kawah bernilai RM10.00 setiap tiket. Untuk mendapat keterangan lanjut dan tujuan menyumbang dana bagi Jamuan Amal ini, anda boleh hubungi ;-
         Saudara Che Zaraidy bin Che Rahim (013 981 4828)
         Saudara Ahmad Zulfaqar bin Abdul Aziz (013 691 7676)
         Saudara Mohd Hilmi bin Abdul Rahman (013 935 7726)
         Saudara Zahrain bin Zulkifly (013 984 8180)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan