Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Ahad, 9 Oktober 2011

Keajaiban Bersedeqah 02

01. Jalan keluar datang setelah dinyatakan tidak ada lagi harapan untuk sembuh.
Seorang pemuda terpaksa masuk hospital kerana penyakit kronik yang di deritainya. Setelah dilakukan pemeriksaan, doktor menyatakan harapan untuk sembuh amat nipis. Lalu doktor itu berkata kepada ibunya ; "Penuhilah segala keinginannya kerana agaknya dia tidak ada lagi harapan untuk sembuh, namun Allah yang maha mengetahui". Ibunya amat sedih dengan kenyataan tersebut. Dia teringat dengan buah hatinya dan cemas kalau dia bakal berpisah dengannya untuk selama-lamanya. Dia pun menjual semua emal yang dia miliki dan menyedekahkan seluruh hasil jualannya.
Beberapa hari setelah itu, doktor memberitahu ibunya bahawa anaknya mempunyai harapan sembuh dan keadaannya kian bertambah baik sedikit demi sedikit. Akhirnya, dia pun keluar hospital beberapa hari setelah itu dalam keadaan sihat walafiat. Mereka semua bersyukur kepada Allah di atas kesembuhan dan kasih sayang yang Dia berikan.

02. Tanda-tanda kesembuhan pun mula kelihatan.
Seorang doktor menghubungi suami kepada seorang wanita yang sedang terlantar di hospital. Dia memberitahu isterinya sedang dalam keadaan kritikal. Menurut analisis perubatan, peluangnya untuk sembuh tipis sekali. Mendengar berita ini, si suami amat kecewa dan segera mengeluarkan sedeqah berupa emas milik iaterinya. Dia berangkat menuju hospital dan sesampainya disana, doktor memberitahu kepadanya bahawa beberapa saat yang lalu (yakni pada waktu yang sama si suami bersedeqah) mula nampak tanda-tanda penyembuhan pada diri isterinya dan bakal segera dipindahkan ke wad pesakit luar. Beberapa hari selepas itu, dia keluar hospital. Segala puji bagi Allah pemilik seluruh keutamaan dan kebaikan.

Rawatan Penyakit Kronik

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, HIV/AIDS dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan".

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua

Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Keajaiban Bersedeqah 01

01. Sembuh dari derita penyakit kerana menggali perigi.
Hatim bin Jarrah berkata ; Aku mendengar Ali bin Husain bin Syaqiq berkata ; Aku mendengar Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang luka yang mengeluarkan nanah di lututnya tanpa henti semenjak tujuh tahun yang lalu. Dia telah mengubatinya dengan pelbagai jenis ubat dan berbagai bentuk rawatan. Bahkan sentiasa berjumpa dengan para doktor dalam tempoh tersebut. Namun penyakit itu tetap tidak sembuh-sembuh jua. Maka Ibnu al-Mubarak menjawab : "Pulanglah, dan galilah perigi di kawasan orang yang memerlukan air. Aku berharap keluar air mata kawasan itu dan darah serta nanahmu akan segera berhenti mengalir". Lelaki itu segera melaksanakan perintah Ibnu al-Mubarak dan dia pun sembuh daripada penyakit yang dideritanya.

02. Akhirnya semua bisul hilang.
Al-Baihaqi berkata, Dalam satu kisah yang diceritakan oleh syeikh kami, al-Hakim Abu Abdullah. Diwajahnya terdapat banyak bisul yang sudah kerap diubati namun belum juga sembuh. Hampir setahun lamanya bisul itu menempel di wajahnya. Dia memohon Imam Abu Usman al-Shabuni mendoakan dirinya di majlisnya pada hari jumaat. Beliaupun mendoakannya dan diaminkan oleh orang ramai. Pada hari jumaat berikutnya ada seorang perempuan menghantar sepucuk surat yang menceritakan bahawa apabila dia sampai kerumahnya, dia bertungkus lumus mendoakan al-Hakim Abu Abdullah pada waktu malam hari. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. yang seakan-akan berkata kepadanya ; "Katakan kepada Abu Abdullah agar dia memberi kemudahan air kepada kaum muslimin". Aku pun segera membawa surat tersebut kepada al-Hakim Abu Abdullah. Al-Hakim pun menyuruh untuk membuat lubang dihadapan pintu rumahnya. Setelah lubang tersebut selesai dikerjakan, beliau menyusuh agar memenuhi lubang tersebut dengan air dan kerikil. Orang ramai pun berbondong-bondong mengambil air tersebut untuk minum. Tidak sampai satu minggu, tanda-tanda kesembuhan nampak pada diri al-Hakim Abu Abdullah. Wajahnya kembali segah seperti sediakala dan beliau dikurniakan usia yang panjang selama beberapa tahun setelah peristiwa tersebut.

03. Mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit.
Seorang wanita mengalami masalah buah pinggang yang gagal berfungsi. Dia sudah sering melakukan pemeriksaan dan mengubati penyakitnya itu. Pilihan terakhir dari para doktor ialah perlu melakukan pemindahan buah pinggang. Akhirnya dia mencari penderma buah pinggang yang bersedia menderma buah pinggangnya dengan bayarang 20,000 riyal. Berita ini tersebar luas hingga didengar seorang wanita yang kemudian segera pergi ke hospital untuk menderma buah pinggangnya. Dia bersetuju dengan seluruh ketentuan yang diajukan kepadanya sebelum menjalani pembedahan.
Pada hari yang telah ditetapkan, perempuan yang sakit tersebut menemui si penderma yang sedang dalam keadaan menangis. Lantaran kehairanan, dia pun bertanya adakah wanita itu merasa terpaksa dan keberatan dengan pembedahan yang akan dijalaninya? Wanita penderma itu berkata ; "Sebenarnya tidak ada yang mendorongku untuk untuk menderma buah pinggangku kecuali kerana kemiskinan dan keperluanku kepada wang". Kemudian si penderma kembali menangis tersedu-sedu hingga akhirnya wanita yang sakit itu menenangkannya dengan berkata : "Kamu ambillah wang ini dan aku tidak menginginkan apa-apa daripadamu".
Beberapa hari kemudian perempuan penderma tersebut kembali datang ke hospital untuk pemeriksaan penyakitnya. Pada saat dilakukan pemeriksaan, para doktor terperanjat kerana mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit pada dirinya. Allah telah menyembuhkannya, Alhamdulillah.

APA ITU PROGRAM NUR HAYAH?

Program Nur Hayah merupakan satu program kesedaran kepada masyarakat bagi menangani gejala sosial dan menjauhi cara hidup berisiko tinggi yang boleh menjerumuskan diri kepada bahaya penyakit HIV/AIDS. Kami memberi penekanan tentang peripentingnya menjalani kehidupan secara sihat dan beretika serta berteraskan keagamaan. Disamping itu juga, program ini bertujuan membuat rawatan dan kaunseling kepada mereka yang terlibat.

Program Nur Hayah ini dibahagikan kepada beberapa peringkat perlaksanaannya ;
1. Program Kesedaran & Motivasi.
2. Pengumpulan Maklumat Golongan Sasar.
3. Home Visit & Contact (Lawatan Ke Rumah).
4. Penempatan Induksi (1-3 Bulan).
5. Rawatan Lanjutan.
6. Kaunseling Keluarga.
7. Program Pencegahan.

Kategori Kumpulan Sasar ;
1. Masalah sendiri / individu itu sendiri yang mempunyai masalah virus tetapi tidak mahu tampil kehadapan mendapatkan rawatan serta kaunseling kerana malu, jahil, jaga maruah diri, maruah keluarga, bimbang disingkir keluarga, jiran serta masyarakat dsb.
2. Masalah pasangan / Tidak ingin mengadu tentang kegiatan pasangan yang berisiko atau mempunyai jangkitan dengan alasan takut, menjaga kedudukan, maruah, malu dsb.
3. Masalah ahli keluarga & saudara mara / Menyembunyikan tentang keadaan ahli keluarga yang terlibat daripada diketahui pihak berwajib untuk tindakan rawatan dan kaunseling kerana menjaga nama baik keluarga serta bimbang keluarga akan disisih masyarakat.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Excellent Nur Hayah Program

Kenapa masyarakat perlu mendaftar di bawah program Nur Hayah kami?
Jawapan ; Sekiranya mereka menghadapi masalah jangkitan virus HIV/AIDS, pihak kami mempunyai rawatan untuk mereka serta bertanggungjawab memberi kaunseling kepada mereka serta ahli keluarga mereka agar penularan virus ini dapat dihalang dan dibendung dari merebak. Rawatan awal memberi peluang 100% sembuh!
Melalui program yang kami jalankan juga, memberi semangat kepada mereka serta masyarakat setempat tentang halatuju hidup yang positif serta menjauhi segala perbuatan maksiat yang menyumbang ke arah kehancuran dan kemusnahan.

Apa akan berlaku sekiranya mereka yang terlibat tidak mendaftar?
Jawapan ;
Pertama ; Pihak kami sudah tentunya tidak dapat membantu mangsa mendapat rawatan dan kaunseling. Ini juga boleh membawa kepada kes bunuh diri, kritikal dsb.
Kedua ; Jangkitan virus HIV/AIDS tidak dapat dibendung kerana ianya boleh menyebabkan orang yang berhubungan secara intim dengan pembawa dijangkiti. Samada hubungan intim itu atas kerelaan atau paksaan.
Ketiga ; Keluarga yang tidak dikaunseling dan masyarakat yang tidak diberi pendidikan akan terjebak ke jalan yang sama serta berada dalam kondisi berisiko tinggi.
Keempat ; Mereka akan terdedah kepada jangkitan virus dan berada di kedudukan pada tahap 4 kali ganda hingga kepada 44 kali ganda (kadar jangkitan) sekiranya tidak mendaftar dan mendapat rawatan serta kaunseling dari pihak kami.

Kumpulan Berisiko Tinggi

MEMAHAMI WINDOW PERIOD, TINDAK BALAS ANTIBODI, RAPID TEST, ELISA DAN WESTERN BLOT SECARA SANTAI


Kami petik dari : http://akuhivpositif.blogspot.com

Kita sungguh beruntung kerana lagi sekali berpeluang berkongsi maklumat asas mengenai semua perkara di atas dengan cara yang mudah difahami oleh rakan prihatin kita yang lebih dikenali sebagai Anonymous One.

PESANAN BELIAU IALAH: INI SEKADAR PANDANGAN PERIBADI DAN SANGAT MENGALU-ALUKAN PENAMBAHBAIKKAN.

Mari baca:

APA ITU WINDOW PERIOD?
Jawapan : Peringkat awal diserang HIV dipanggil "window period" (tempoh pengeraman). Dalam fasa window period, kita mungkin tidak dapat mengesan HIV kerana bilangan virus sangat kecil untuk dikesan.

Jadi, dalam tempoh window period ada kemungkinan HIV tidak dapat dikesan. Dalam tempoh ini juga badan kita sebenarnya belum mengenalpasti virus jadi tidak ada sebarang antibodi dibebaskan.

Antibodi dibebaskan hanya apabila ada virus menyerang contohnya demam. Apabila demam, antibodi dibebaskan. Kalau individu tersebut tidak pernah demam maka tidak pernah ada antibodi demam dibebaskan di dalam tubuhnya.

BERAPA LAMA TEMPOH PENGERAMAN INI?
Jawapan : Tempoh window period mungkin di antara 3-4 minggu selepas dijangkiti (selepas aktiviti berisiko), tetapi dalam beberapa keadaan tempohnya mungkin lebih lama

Selalunya selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko dan jika keputusannya negatif, maka ianya adalah konkrit. Tetapi untuk menghilangkan keraguan dan atas kehendak patient, ianya boleh ditambah lagi selepas 3 bulan kemudian.

MENGAPA DALAM MASA WINDOW PERIOD KITA TIDAK DAPAT MENGESAN HIV?
Jawapan : Jumlah virus yang di bawah 50 copies menyebabkan badan kita belum dapat mengesan virus tersebut. Oleh itu, tiada reaksi dari antibodi kita untuk menyerang virus tersebut.

MENGAPA BADAN KITA BELUM MENYERANG VIRUS TERSEBUT SEMASA WINDOW PERIOD?
Jawapan : Kerana kuantitimya terlalu kecil, jadi sistem imun badan kita belum mengesan apa-apa pencerobohan dari virus tersebut.

JADI APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN?
Jawapan : Yang pertama, sekiranya kita melakukan aktiviti berisiko maka elakkan daripada mengadakan hubungan dengan pasangan selama window period tersebut iaitu 3-6 bulan.

Yang kedua, sekiranya kita terdedah kepada risiko, elakkan menderma darah.

Untuk pengetahuan semua, dalam borang pendermaan darah, terdapat syarat-syarat tertentu bagi menjamin keselamatan penderma dan penerima.

Antaranya ialah individu yang bekerja sebagai pekerja seks, melakukan hubungan sejenis, biseksual, melawat atau pergi ke negara-negara berisiko sehingga suatu tempoh yang ditetapkan dan orang yang sakit tidak boleh menderma darah.

CONFUSEDLAH, MENGAPA SEKEJAP KATA 3 BULAN DAN SEKEJAP KATA 6 BULAN?
Jawapan : 6 bulan tersebut hanyalah langkah berjaga-jaga kerana kita mempunyai antibodi yang berbeza dan tahap jangkitan yang berbeza-beza. Mungkin ada individu yang hanya 2 minggu terdedah kepada risiko, virus sudah dapat dikesan dan mungkin individu yang lain memerlukan tempoh 3 bulan bagi mengesannya.

Perbezaan pendapat doctor pula bergantung kepada kepakaran dan pengalaman masing-masing. Mungkin ada yang berpendapat cukuplah sampai 3 bulan dan ada yang cadangkan supaya jalani semula ujian darah selepas 6 bulan untuk double confirm.

HUH! BANYAKNYA PERATURAN... MENGAPA?

Jawapan : Kerana sikap. Sikap pentingkan diri dan sikap tidak mahu memikirkan kebajikan orang lain menjadikan kita sebegini. Ramai yang dikesan menderma darah untuk mengetahui status HIVnya. Ramai yang apabila mengisi borang pendermaan darah tidak membaca betul-betul syarat-syarat menderma di borang pendermaan darah. Ramai yang sedar tapi menipu.

Jadi sebagai rakyat biasa kita seharusnya jujur apabila ingin menderma darah.

APA ITU RAPID TEST?

Jawapan : Bedasarkan nama kita sudah tahu ujian ini cepat. Ujian rapid test ini adalah ujian yang cepat untuk mengesan virus ini. Rapid test menggunakan kit yang disediakan. Ketepatannya adalah 99.9%. Jika positif, maka Screening test perlu dilaksanakan.

APA ITU SCREENING TEST?
Jawapan : Ujian untuk screening test adalah ELISA.

APA ITU UJIAN ELISA?
Jawapan : ELISA ialah Enzyme-Linked Immunosorbent Assay.

Setelah didapati positif HIV melalui Rapid test, maka ujian selanjutnya adalah ELISA bagi memastikan yang keputusan ujian rapid tadi bukan false positive (dalam ujian selalu ada gangguan yang menyebabkan hasil ujian berkemungkinan false positive dan false negative)

ELISA adalah ujian untuk mengesahkannya. ELISA lebih spesifik sebab kita eramkan antibodi pesakit dengan HIV. Jika ada tindak balas bermakna individu tersebut telah dijangkiti HIV kerana tubuhnya mengeluarkan antibodi HIV.

Ada juga ELISA yang menggunakan teknik mengesan antigen (virus tersebut) tetapi disebabkan virus masih terlalu, ianya tetap tidak dapat dikesan. Maka Western Blot perlu dilakukan.

APA PULA WESTERN BLOT?
Jawapan : Western Blot adalah ujian untuk mengesahkan result yang telah sedia sah. Double confirm. Setelah positif melalui ujian ELISA maka ujian ini digunakan bagi menentukan kesahihan ujian ELISA.

KENAPA KITA BUAT MACAM-MACAM UJIAN INI?
Jawapan : Sudah pasti untuk kepentingan rawatan individu terbabit. Untuk mengesan HIV, sampel darah diambil dan dilakukan screening di mesin. Jika positif di mesin barulah diteruskan kepada ELISA dan seterusnya Western Blot.

Rapid test pun dah tepat. ELISA dan Western Blot adalah hanya untuk confirmation.

AHP: Kita doakan semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan redha-Nya terhadap beliau dan terima kasih daun keladi. Sila sebar-sebarkan maklumat ini di blog, facebook, laman web, twitter dan apa saja supaya masyarakat lebih faham. Minta jasa baik, memberi sedikit kredit kepada blog ini supaya lebih ramai melawat dan dapat manafaatnya. Bukan untuk apa-apa keuntungan peribadipun...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Buku Sekolah Kehidupan

keratan Akhbar

oleh : Nyza Ayob (Wartawan)

Mungkin ada kalangan kita yang sering kecewa dan berputus asa kiranya apa yang diusahakan tidak membuah hasil atau terkandas di pertengahan jalan. Hanya motivasi kepada diri mampu menarik kita membina keyakinan untuk terus menempa jalan kejayaan.

Bagi anda yang tercari-cari sumber untuk mencerakin semangat serta motivasi kepada diri, buku Sekolah Kehidupan boleh membantu anda bangkit membina keyakinan.

Buku karangan Habin Faisal Mohamed ini merupakan satu buku siri pengalaman, kaunseling dan motivasi yang dihasilkan dengan gaya persembahan yang berbeza dan unik. Pengarang mengemukakan pandangan dengan gambaran berdasarkan situasi yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kandungan buku ini memberi penjelasan tentang titik noktah penting yang perlu kita fahami atas setiap fenomena yang berlaku. Ini kerana setiap yang berlaku itu merupakan satu anugerah yang amat bernilai. Sekiranya kita tidak peka dengan keadaan ini, mengakibatkan tumpuan kita teralih serta tidak ada peningkatan poditif bagi diri kita.

Ini yang ditegaskan pengarang dalam "Sekolah Kehidupan" bahawa hidup ini ibarat sebuah sekolah besar yang terbentang luas, di dalamnya penuh dengan sukatan kurikulum pendidikan kehidupan.

Setiap orang yang menempuhinya perlu melalui proses pembelajaran dengan Kurikulum yang ditetapkan. Sama ada akan lulus dan terus ke kurikulum berikutnya atau gagal, dipaksa mengulang dan terus mengulang sehingga lulus. Itulah yang dinyatakan dengan Sekolah Kehidupan.

Selain menyororti pengalaman diri dalam motivasi yang terkandung dalam buku ini, pengarang menyimpulkan konsep hidup ini berlandaskan dari intipati al-Quran dan Hadis. Beliau juga memetik kata-kata cenkiawan yang menjadi pujangga kepada pedoman hidup sejak zaman berzaman.

Pembaca juga akan mendapati, mmbaca buku ini merupakan satu pengembaraan hidup yang menarik untuk dijadikan pedoman dan panduan.

Buku Sekolah Kehidupan ini boleh memberi pengajaran dan inspirasi yang akan membawa kesan kepada minda, sikap, kejayaan, perniagaan, kerjaya dan kehidupan seharian kita.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan dengan buku Sekolah Kehidupan boleh hubungi 012-2111 044 atau email kepada hfzgroup@gmail.com.

Khamis, 6 Oktober 2011

Talbinah dan Khasiatnya..


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengertian Talbinah :

Talbinah ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan madu lebah untuk menambah khasiat. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti susu. Ia digunakan sebagai pemakanan kesihatan dan rawatan kepada penyakit.

Bahan-bahan yang terdapat dalam Talbinah :

Talbinah mengandungi bahan-bahan antara lain: B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskan kolestrol, mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan. Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, mineral-mineral yang berfungsi membangun kesihata
n tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A, C, D, E dan B Complex dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh. Ianya telah terbukti berkesan kepada mereka yang menghidapi HIV dengan pengambilan sebagai bahan makanan tambahan meningkatkan daya tahan serta antibodi pada badan mereka yang dijangkiti virus HIV.

Faedah-faedah dan Khasiat Talbinah dalam Hadis Nabi s.a.w. :
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah s.a.w. telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, sama ada berkaitan dengan fizikal dan juga kejiwaan, di antaranya ialah :

01. Menenangkan hati pesakit :
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh daripada penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh (an-Naqahah).
Dalam satu riwayat daripada Imam Ahmad, yang bermaksud: Aisyah r.a. telah berkata ; “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Di dalam satu hadis riwayat Tirmizi katanya : Maksudnya: Adalah Nabi s.a.w. apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda s.a.w. memerintahkan supaya dibawa minuman dari syaeer lalu dibuat untuk mereka. (Riwayat Tirmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Sahih).

02. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (Depression) :

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian sediakan roti dari Syaeer (Tharid) lalu dituang Talbinah ke atas Tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir ; 'Makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : "Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi s.a.w. bersabda tentang Talbinah ini, sabdanya yang bermaksud : “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit sebagaimana kamu membersihkan kotoran dari mukanya dengan air". (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi di mana Tirmizi berkata hadis ini adalah Sahih).


03. Merawat penyakit-penyakit pada sistem penghadaman :

Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada di dalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya”. (Riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Az-Zahabi).

Rasullah s.a.w. telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

04. Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah :

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolestrol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Selalunya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolestrol untuk menggerakkannya, maka kolestrol akan bertambah. Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolestrol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali dengan kolestrol baik di mana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam darah.

05. Talbinah mengatasi penyakit darah tinggi :

Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi menyeimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.


06. Talbinah dapat menurunkan kadar gula dalam darah :
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemka dalam darah.


07. Mengawal daripada penyakit kanser dan melambatkan penuaan :

Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser.


08. Talbinah dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur (Insomnia) :
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

09. Talbinah menguatkan sistem ketahanan tubuh :

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna di dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel menentang kuman-kuman yang rosak.
Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpulan pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah tersebut dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak maka ia boleh melemahkan ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan ingatan. Kandungan vitamin A dan E yang banyak dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut.


10. Menguatkan hafalan dan merangsang memori :
Ia membantu di dalam memperbaharui sel otak yang telah mati dan meransang pertumbuhan sel yang baru dengan cepat.

ok…. Anda telah pun menbaca serba sedikit kelebihan yang ada pada TALBINAH… jadi apa tunggu lagi..!!!! Dapatkan segera..!! Dapatkan daripada kami..!!!