Hatim bin Jarrah berkata ; Aku mendengar Ali bin Husain bin Syaqiq berkata ; Aku mendengar Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang luka yang mengeluarkan nanah di lututnya tanpa henti semenjak tujuh tahun yang lalu. Dia telah mengubatinya dengan pelbagai jenis ubat dan berbagai bentuk rawatan. Bahkan sentiasa berjumpa dengan para doktor dalam tempoh tersebut. Namun penyakit itu tetap tidak sembuh-sembuh jua. Maka Ibnu al-Mubarak menjawab : "Pulanglah, dan galilah perigi di kawasan orang yang memerlukan air. Aku berharap keluar air mata kawasan itu dan darah serta nanahmu akan segera berhenti mengalir". Lelaki itu segera melaksanakan perintah Ibnu al-Mubarak dan dia pun sembuh daripada penyakit yang dideritanya.
02. Akhirnya semua bisul hilang.
Al-Baihaqi berkata, Dalam satu kisah yang diceritakan oleh syeikh kami, al-Hakim Abu Abdullah. Diwajahnya terdapat banyak bisul yang sudah kerap diubati namun belum juga sembuh. Hampir setahun lamanya bisul itu menempel di wajahnya. Dia memohon Imam Abu Usman al-Shabuni mendoakan dirinya di majlisnya pada hari jumaat. Beliaupun mendoakannya dan diaminkan oleh orang ramai. Pada hari jumaat berikutnya ada seorang perempuan menghantar sepucuk surat yang menceritakan bahawa apabila dia sampai kerumahnya, dia bertungkus lumus mendoakan al-Hakim Abu Abdullah pada waktu malam hari. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. yang seakan-akan berkata kepadanya ; "Katakan kepada Abu Abdullah agar dia memberi kemudahan air kepada kaum muslimin". Aku pun segera membawa surat tersebut kepada al-Hakim Abu Abdullah. Al-Hakim pun menyuruh untuk membuat lubang dihadapan pintu rumahnya. Setelah lubang tersebut selesai dikerjakan, beliau menyusuh agar memenuhi lubang tersebut dengan air dan kerikil. Orang ramai pun berbondong-bondong mengambil air tersebut untuk minum. Tidak sampai satu minggu, tanda-tanda kesembuhan nampak pada diri al-Hakim Abu Abdullah. Wajahnya kembali segah seperti sediakala dan beliau dikurniakan usia yang panjang selama beberapa tahun setelah peristiwa tersebut.
03. Mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit.
Seorang wanita mengalami masalah buah pinggang yang gagal berfungsi. Dia sudah sering melakukan pemeriksaan dan mengubati penyakitnya itu. Pilihan terakhir dari para doktor ialah perlu melakukan pemindahan buah pinggang. Akhirnya dia mencari penderma buah pinggang yang bersedia menderma buah pinggangnya dengan bayarang 20,000 riyal. Berita ini tersebar luas hingga didengar seorang wanita yang kemudian segera pergi ke hospital untuk menderma buah pinggangnya. Dia bersetuju dengan seluruh ketentuan yang diajukan kepadanya sebelum menjalani pembedahan.
Pada hari yang telah ditetapkan, perempuan yang sakit tersebut menemui si penderma yang sedang dalam keadaan menangis. Lantaran kehairanan, dia pun bertanya adakah wanita itu merasa terpaksa dan keberatan dengan pembedahan yang akan dijalaninya? Wanita penderma itu berkata ; "Sebenarnya tidak ada yang mendorongku untuk untuk menderma buah pinggangku kecuali kerana kemiskinan dan keperluanku kepada wang". Kemudian si penderma kembali menangis tersedu-sedu hingga akhirnya wanita yang sakit itu menenangkannya dengan berkata : "Kamu ambillah wang ini dan aku tidak menginginkan apa-apa daripadamu".
Beberapa hari kemudian perempuan penderma tersebut kembali datang ke hospital untuk pemeriksaan penyakitnya. Pada saat dilakukan pemeriksaan, para doktor terperanjat kerana mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit pada dirinya. Allah telah menyembuhkannya, Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan