Mengalir air mata saya apabila membaca laporan tentang kanak-kanak
malang ini. Tambah memilukan apabila melihat gambar-gambar yang
dipaparkan bersama-sama dengan laporan tersebut.
Budak dalam gambar di atas bernama Ibrahim, berumur tujuh tahun. Dia bekerja sebagai buruh kanak-kanak di sebuah kilang membuat tali di Aganagar dalam daerah Keraniganj, Bangladesh. Biarpun masih terlalu muda, namun dia dikerah untuk berkerja selama 12 jam demi memungut upah sekitar Tk60 (1.21 dolar Singapura) sehari.
Bayangkanlah, kanak-kanak malang semuda ini dipaksa bekerja tanpa rehat yang cukup, mungkin juga bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga, sudah tentu kadang kala melakukan sedikit kesilapan. Namun, hal itu tidak terlintas dalam fikiran penyelianya, malah dengan sepenuh kekuatan dia memukul/mencubit muka Ibrahim tanpa belas kasihan. Kejam dan menyedihkan!
Nama lelaki yang memukul kanak-kanak malang ini ialah Deen Islam. Betapa indah dan mulia nama tersebut, tetapi malang nama yang sangat mulia itu tidak menggambarkan perilaku pemiliknya. Dia dikatakan akan memukul buruh kanak-kanak di bawah kendaliannya walaupun mereka hanya melakukan kesilapan kecil.
Lebih menyedihkan saya, apabila Ibrahim tidak dapat membela diri atau mendengar bebelan atau arahan penyelianya kerana dia PEKAK dan BISU. Tidakkah kejam manusia dalam gambar di bawah ini memukul dan mendera kanak-kanak yang tidak boleh bercakap atau mendengar arahannya? Dalam keadaan dirinya begitu, sudah tentu kanak-kanak malang ini tidak dapat menyatakan: "Saya tidak bersalah/Saya tersilap, maafkan saya/Bukan salah saya, mesin ini mungkin rosak".
Saya tersentuh apabila membayangkan kanak-kanak di seluruh dunia terutama di negara-negara miskin diperlakukan sedemikian rupa. Bayangkan jika anak-anak anda diperlakukan sedemikian rupa. Bayangkan juga apabila dikhabarkan ada kanak-kanak yang dipotong atau dicacatkan anggota badan mereka semata-mata untuk dikerah meminta sedekah dan meraih simpati orang ramai. Bayangkan juga kanak-kanak perempuan yang diculik/dijual kemudiannya dijadikan pelacur atau hamba seks di serata dunia.
Saya doakan semoga Ibrahim yang dilahirkan pekak dan bisu ini memperoleh kehidupan yang lebih bermakna suatu hari nanti. Mudah-mudahan kanak-kanak malang yang lain juga terbela nasib mereka suatu hari nanti!
* Detik-detik Ibrahim dipukul oleh penyelianya. Hukuman di bawah ini sudah tentu bukan yang pertama dan terakhir bagi Ibrahim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan