Saya petik :
MALANG...Ifti Ilya Farhana ditemani Siti Aisyah di HTAA. Gambar kecil, Mohd Khairuddin menunjukkan bebola jeli yang dikeluarkan dari perut anaknya. |
[HM] KUANTAN: Gara-gara tertelan bebola jeli yang digunakan sebagai baja pokok hiasan, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bahan berkenaan yang sudah mengembang di dalam perutnya.
Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin demam teruk selain muntah-muntah dan tidak boleh makan atau minum selepas usus kecilnya dipenuhi agar-agar berkenaan yang sudah mengembang beberapa kali ganda berbanding saiz asalnya.
Bayi malang itu selamat menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kelmarin, dan kini dilaporkan stabil.
Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu apabila anak sulungnya itu tertelan dua daripada tiga bebola agar-agar yang ditemuinya dalam pek makanan ringan.
“Makanan ringan itu dipercayai dibeli di kedai runcit berdekatan perumahan kami di Taman Seri Mahkota, Batu 11 oleh kanak-kanak lain yang kemudian diberikan kepada anak saya,”katanya ketika ditemui di HTAA di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan