Tujuh tip untuk mengelakkan pergaduhan antara diri anda dan pasangan anda yang boleh membawa kepada perceraian.
Sekarang, bercerai
bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian. Pasangan yang kita
lihat hidup bahagia pada awalnya, berpisah pada akhirnya. Kalau dahulu,
bercerai adalah perbuatan yang terkutuk dan sangat di pandang hina oleh masyarakat. Sekarang, bercerai adalah perkara biasa dan ia di anggap antara rintangan dalam hidup yang semua orang perlu hadapi.
Untuk mengelakkan anda dan pasangan anda dari bercerai, artikel ini senaraikan tujuh tip yang boleh membantu diri anda.
Tip pertama : dengar apa yang pasangan anda ingin katakan
Dengar
dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian
barulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah di
sebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi
tidak di gunakan.
Tip kedua : Bercakap menggunakan nada yang rendah dan mendatar
Ketika
ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata – kata menggunakan
nada yang rendah dan mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi.
Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi
suasana.
Tip ketiga : Terima pasangan anda seadanya
Ada
pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia
terjadi kerana , mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan
anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian
barulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran.
Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang
dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.
Tip keempat : Perkahwinan hanya melibatkan dua insan
Jangan
libatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda
dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan
pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk
menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.
Tip kelima : Sentiasa kekal dengan keputusan bersama
Pastikan
anda melakukan perkara yang telah di persetujui bersama – sama dengan
pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat
cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika
anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya,
anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika
anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan
akan berlaku dengan lebih teruk.
Tip keenam : Maaf dan lupa
Jika anda sayang pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.
Tip ketujuh : Khidmat kaunseling
Jika
tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak
ketiga seperti kounselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik beradik yang
lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian
dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan