Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Rabu, 30 November 2011

Tips mengajar anak kecil membaca

program membaca


Membaca boleh menjadikan anak anda lebih bijak dari sebelumnya. Daripada aktiviti membaca, anak – anak anda boleh memperkembangkan pengetahuan dan membentuk pemikiran mereka ke arah lebih matang. Berikut adalah empat tip untuk mengajar anak kecil anda membaca.

Tip pertama : Pastikan tiada gangguan dari luar
Ketika anda sedang mengajar anak anda membaca, anda pasti tiada gangguan dari luar seperti suara radio dan televisyen menganggu tumpuan anak anda. Beritahu juga ahli keluarga anda yang lain supaya tidak menganggu apabila anda sedang mengajar anak kecil anda membaca. Sunyi adalah penting supaya anak anda hanya fokus pada anda dan bahan bacaan.

Tip kedua : Jadikan membaca sebagai budaya yang seronok untuk di amalkan
Jangan hanya mengajar anak anda membaca dengan menggunakan buku sahaja. Sebaliknya anda ajar dia dengan berbagai – bagai bahan bacaan seperti label makanan, papan tanda jalan dan sebagainya. Untuk lebih seronok, anda tampal beberapa nota di tempat tersembunyi, anda galakan dia cari dan baca. Selain itu, aktiviti seronok yang lain adalah anda adakan ujian membaca setiap hari di mana jika anak anda berjaya, anda akan beri point terkumpul untuk di tukar pada hadiah. Jadikan membaca sebagai akiviti yang seronok.

anak membacaTip ketiga : jika ada kemajuan, dengan pantas anda tingatkan kualiti bahan bacaan
Jika anda dapati dia sudah kuasai ejaan – ejaan asas, anda ajar dia untuk membaca bahan bacaan yang sedikit panjang
seperti cerita dongeng dan sebagainya. Apabila dia sudah biasa dengan bahan bacaan tersebut, anda kenalkan dia pada
bahan bacaan baru sepert surat khabar, majalah, novel, buku berkulit tebal dan sebagainya. Anak akan berusaha untukmenguasai ilmu bacaan dan apabila mereka mahir, anda beri mereka bahan bacaan baru untuk memberi cabaran kepada mereka. Membaca adalah penting pada anak – anak kerana ia adalah antara senjata anda untuk mematangkan dia.
anda pernah dengar panduan “baby umur 1 tahun membaca“? klik disini untuk mengetahui lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan