Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Khamis, 22 Disember 2011

Tiga Beranak ke TALI GANTUNG

 
Kami petik ;

[SH] ALOR SETAR - Seorang bapa dan dua anaknya dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, setelah didapati bersalah memproses 368.126 kilogram dadah jenis methaphetamine, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu, selepas meneliti semua hujah pembelaan dan keterangan pendakwaan.

Ong Hooi Beng, 50, Pang Chui Kong, 47, Ong Eng Keat, 26, Lim Kim Hee, 50, Wong Ah Ngau, 52, dan Ong Gaik Ee, 24, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (c) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 9 Julai 2006, di Kilang Zmas Synergy Sdn Bhd, Taman Makmur, Lunas.

Mohd Azman dalam penghakimannya berkata, Pang Chui Kong, Lim Kim Hee dan Wong Ah Ngau, berjaya menyangkal kes prima facie pendakwaan dan menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh itu dilepas dan dibebaskan. Namun mahkamah mendapati ter­tuduh Hooi Beng, Eng Keat dan Gaik Ee, ga­gal menyangkal kes prima facie pen­dakwaan.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan, kesemuanya berada di dalam kilang itu dan sedang bekerja di beberapa tempat.

Polis menemui pelbagai peralatan digunakan untuk memproses methaphetamine.

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Razali Che Ani, manakala kesemuanya diwakili peguam Ranjit Singh melainkan tertuduh kedua, Chui Kong, yang diwakili peguam S Anthony.


P/s: Menangis air mata berdarah pun tidak berguna!

Rabu, 21 Disember 2011

Campuran Simen dan Gam Disuntik ke Punggung Wanita


Seorang "doktor" transgender dituduh menyuntik campuran simen, minyak, bahan kedap tayar, dan gam super ke punggung seorang wanita. Pelanggan malang itu dilaporkan membayar hampir £450 untuk perkhidmatan membesarkan punggungnya.
Oneal Morris, 30, ditahan selepas mangsa hampir meninggal dunia berikutan bahan-bahan toksik yang disuntik itu tersebar di dalam badannya. Kini, Morris, hidup manusia sebagai seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan kepada badan pelanggannya. Dia didakwa melakukan prosedur itu di rumahnya sendiri.

Menyorot kembali situasi yang dihadapi mangsa, sumber mendakwa wanita yang tidak dinyatakan namanya itu mula mengalami gejala seperti radang paru-paru dan kesan bilur besar yang muncul di belakangnya.

Polis berkata Morris, dari Florida, Amerika Syarikat, memberikan wanita itu satu siri suntikan untuk mendapatkan bentuk "punggung ghetto" - satu istilah yang digunakan untuk menerangkan punggung yang lebih besar dengan bentuk yang menarik.

Untuk mendapatkan bentuk badan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, wanita di Amerika beralih kepada pembedahan "homemade" yang jauh lebih murah, namun membahayakan nyawa berbanding dengan pembedahan kosmetik yang mahal.

 Sarjan Bill Bamford berkata: "Saya fikir cara itu gila, sudah tentunya mengancam nyawa."

"Jika anda ingin menjalani prosedur perubatan, carilah pakar perubatan berlesen, pergilah ke kemudahan perubatan berlesen untuk mendapatkan rawatan perubatan yang betul." -DCM


P/s: Sila ambil pengajaran! Untuk bacaan lanjut, sila baca di The Sun atau google di internet.

Selasa, 20 Disember 2011

"Saya yang tanggung semua dosa saya"

Kami Petik ;

Apa respons artis beraksi "hot" dalam majalah FHM Indonesia tentang kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya?
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.

"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.

"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga.  Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja."

"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.

"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.

"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.

Baca lanjut di Kosmo.


P/s: Seperti biasa, saya bukan kemaruk mahu menyiarkan cerita fasal dia, cuma tertarik dengan kata-kata "saya yang tanggung semua dosa saya." Simpan jawapan itu!!!

 Wow!!!
Seperkara lagi, tiada ulama, mufti, jabatan agama yang mahu bersuara. Jika mereka mampu memberikan kaunseling (dalam kes JAIS (Sarawak), itu yang mampu dilakukan oleh mereka)  kepada peserta ratu cantik, mengapa tidak kepada artis yang beraksi "hot"?

Isnin, 19 Disember 2011

Padah Lari dari Asrama, Budak 14 Tahun Dirogol Lelaki Baru Dikenali


Kami petik;
 
[HM] ARAU: Akibat kebosanan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak melarikan diri dari asrama sekolahnya, dekat sini, berdepan detik menyayatkan hati apabila menjadi mangsa rogol seorang lelaki pada Khamis lalu.
 
Mangsa dipercayai memanjat pagar asrama kira-kira jam 10.45 malam sebelum terserempak dengan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah stesen bas lalu mempelawa diri untuk menemani gadis itu. Ketua Polis
 
Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar di Kangar, dekat sini, sehingga tengah malam.
Katanya, mangsa yang berasal dari Lubuk Sireh tidak dapat pulang ke asramanya kerana sudah lewat malam sebelum diajak pulang ke rumah lelaki terbabit.
 
“Mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila suspek memaklumkan tinggal bersama keluarga selain berjanji menghantarnya pulang ke asrama pada keesokan paginya.
 
“Percaya dengan kata suspek, mangsa mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirogol serta dikurung sehingga petang keesokkan harinya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ketika ketiadaan lelaki itu,” katanya.
 
Menurutnya, pihak sekolah yang terkejut dengan kehilangan mangsa dari asrama kemudian mencarinya sebelum berjaya menemuinya pada petang kelmarin.
 
Katanya, selepas disoal, mangsa memberitahu dia keluar dari asrama sekolah sebelum dirogol suspek menyebabkan laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Arau untuk tindakan lanjut.
 
“Berdasarkan laporan polis, suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
P/s: Cari nahas!!!

Ahad, 18 Disember 2011

Ratu Cantik Islam Degil, Apakah Hal yang MENYEDIHKAN Berkaitan dengan Kes Ini?

Kami Petik ;

Mula-mula baca dahulu berita yang saya pautkan dari HM:

[HM] KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.

Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Peserta ratu cantik yang beragama Islam ini telah dipanggil untuk sesi kaunseling oleh pihak JAIS, namun mereka tetap berdegil dan meneruskan hasrat untuk menyertai pertandingan ratu cantik Borneo 2011. Kata salah seorang daripada mereka, rugi jika tidak menyertai pertandingan itu. Hujah mereka, penyertaan dalam pertandingan itu tidak menyalahi undang-undang di sana, walaupun mereka sengaja ataupun sememang jahil tentang hukum hakam agama yang dianuti oleh mereka.

Apa yang menyedihkan?

Pertama, mengapa tiada undang-undang yang melarang orang yang beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik atau berpakaian mendedahkan aurat? Jika ada undang-undang sedemikian, maka sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan itu. Saya tidak pasti sama ada undang-undang ini diselaraskan di peringkat pusat ataupun diwujudkan bergantung pada peruntukan pihak berkuasa tempatan atau jabatan agama. Jika di Selangor Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Adakah jabatan agama Islam Sarawak tidak mempunyai enakmen yang sama? Jika tidak ada, mengapa tiada usaha untuk menggubalnya?

Sebelum ini, kita pernah membaca ibu dan anak ditahan kerana berpakaian mencolok mata beberapa tahun lalu. Penahanan mereka yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atas peruntukan yang ditetapkan. Kalau tidak silap, penahanan anak-beranak itu berlaku di kawasan Jalan Petaling dan penahanan mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak yang jahil atas alasan hak asasi.

Kedua, JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) seperti yang diberitakan hanya MAMPU memanggil dan memberikan kaunseling. Kata pihak JAIS, tiada kuasa diperuntukkan untuk menghalang atau mendakwa gadis-gadis jahil ini apabila mereka bertekad menyertai pertandingan ratu cantik itu. Pendedahan ini amat memalukan kerana jabatan yang menjaga hal ehwal dan maruah agama Islam tidak mampu berbuat apa-apa dalam hal ini. Ironi, jabatan agama Islam di Malaysia ini sangat berkuasa apabila melibatkan program pemimpin pembangkang. Mereka tiba-tiba amat berkuasa untuk menghalang dan menyerbu program-program yang tidak mesra kerajaan BN. Mereka mengawal masjid dan menghalang tokoh agama mesra pembangkang memberikan ceramah agama atas alasan tauliah dan sebagainya. Namun dalam kes ratu cantik ini, mereka umpama lelaki dayus yang tidak mampu berbuat apa-apa!

Apabila menyentuh tentang pertandingan ratu cantik, kita pasti teringat akan pemecatan Tuan Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila dipecat daripada jawatan yang disandangnya selama 12 tahun apabila berperanan dalam menghalang tiga gadis Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997. Yang menyedihkan tindakan tersebut telah dibantah, malah PM Malaysia pada ketika itu turut mengecam tindakan JAIS. Kes yang membawam kepada pemecatan Datuk ishak telah diulas oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku bertajuk Mufti lawan Mahathir.


 P/s: Apabila menyentuh tentang aurat, orang lain terutamanya artis dan selebriti yang mendedahkan badan perlu dihukum juga. Masalahnya di Malaysia, hukum agama tidak dipandang berat, adakalanya undang-undang hanya diwujudkan atau dilaksanakan apabila pihak berkepentingan tergugat.

Sabtu, 17 Disember 2011

Maksiat Budak Pulau..


Kami petik ;
pix_middle


[HM] PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. 

“Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. 

“Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.

Jumaat, 16 Disember 2011

[Wajib Baca] "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..."

Kami Petik ;

Mungkin anda sudah membaca kisah luar biasa ini sebelum ini, mungkin ada lagi pengunjung DCM yang masih belum membacanya. Saya olah semula tulisan ini daripada sebuah laman blog Indonesia yang menterjemahkannya dari laman sesawang berbahasa Inggeris.
 
Hawa udara di Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong anaknya. 
 
Menurut laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit. 
 
Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu.
 
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.
 
Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.
 
Tiga tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
 
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." -DCM

P/s: TERBAIK! Semoga anak-anak muslim lebih menghayati agama dan lebih bertanggungjawab dengan kedua ibubapa mereka... Redha Allah bersama dengan Redha kedua ibubapa.. Dan syurga itu dibawah telapak kaki ibu...


Khamis, 15 Disember 2011

Bahaya fitnah dalam hidup


t3.gstatic
SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.

Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)

Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)

Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.

Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.

Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.

Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.

Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.

Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.

Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…

Rabu, 14 Disember 2011

Adinda Sultan Kelantan saman Malay Mail RM50j

Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang mengaitkan beliau dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed.
  
Tengku Muhammad Fakhry memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan A S Dhaliwal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Beliau menamakan akhbar Malay Mail Sdn Bhd sebagai defendan pertama, syarikat pencetak The New Straits Times Press (M) Bhd, Ketua Editor Yushaimi Maulud Yahya dan wartawan Marhalim Abbas sebagai defendan kedua hingga keempat.
  
Menerusi pernyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kesemua defendan bertanggungjawab menerbitkan satu artikel dalam Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei, 2010, sehingga menjejaskan reputasi, jawatan dan kerjayanya.
  
Beliau mendakwa artikel tersebut memberi gambaran seolah-olah beliau tidak berprinsip, tidak boleh dipercayai, penjenayah dan pengkhianat.

Kenyataan itu menyebut berikutan artikel itu, Tengku Muhammad Fakhry dilucutkan gelaran Temenggong, dicaci dan dipandang rendah oleh masyarakat.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa akibat berita palsu itu juga hubungan dengan bondanya Raja Perempuan Kelantan menjadi renggang, dan ia hanya pulih selepas Mahkamah Koroner memberi keputusan terbuka mengenai kejadian tembakan tersebut dan dirinya tidak didakwa oleh pihak polis.

Selain gantirugi berjumlah RM50 juta, beliau menuntut akhbar terbabit menerbitkan permohonan maaf, suatu injunksi supaya tidak mengulangi artikel terbabit, ganti rugi teladan dan kos.
  
Ketika ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan tersebut, Tengku Muhammad Fakhry berharap kebenaran akan terserlah.

- Bernama

Selasa, 13 Disember 2011

Gambar Hantu Penanggal berjaya dirakam penduduk tempatan.

SEDIM- Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas,disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.

Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.

Menurutnya,ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.

"Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat",katanya.

Ramli berkata,pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.

"Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan.Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.

"Pada waktu malam,lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia." katanya.

Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.

"Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.

"Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan,tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,"katanya.

Menurutnya,ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.

"Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.

"Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan." katanya.

Isnin, 12 Disember 2011

Janda muda meragut untuk beli dadah.

Kami Petik ;
 
KULAIJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga ibu tunggal nekad meragut beg duit seorang wanita di depan sebuah pasar raya di bandar ini, petang kelmarin, semata-mata mahu membeli dadah.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 59 tahun berjalan seorang diri selepas membeli-belah sebelum diragut dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

“Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan, suspek kemudian melarikan diri namun jeritan mangsa didengari orang awam yang terus mengejar peragut terbabit.

“Pada masa sama, orang ramai memaklumkan kejadian kepada anggota MPV yang melakukan rondaan di lokasi berhampiran,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, semalam.

Suspek ditahan dan menurut Zulkefly, siasatan mendapati suspek ibu tunggal dan mempunyai seorang anak berusia setahun.

Ketika melakukan jenayah itu, Zulkefly berkata, suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine.

“Ujian air kencing mengesahkan suspek berada di bawah pengaruh dadah terbabit, beg duit mangsa bersama wang tunai RM120, kad kredit dan kad pengenalan ditemui semula.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu dipercayai meragut bagi mendapatkan bekalan dadah untuk kegunaan sendiri,” katanya.
 
Nur Hayah : Gejala yang kurang sihat memberi pengakhiran yang amat dahsyat.. Marilah sama-sama kita ubah perjalanan hidup ini.. Hidup yang lebih bermakna dan lebih murni iaitu hidup beragama..!

Ahad, 11 Disember 2011

Hubungan sejenis boleh sebabkan umat Islam Murtad - Mufti Pahang.


PEKAN – Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad.

Beliau berkata hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.


“Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita di sini mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.


Dipetik Bernama Online, beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang.


Malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.


“Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya,” tambah beliau.


Abdul Rahman menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa menjaga anak-anak daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah.

Sabtu, 10 Disember 2011

SUAMIKU LUAR TABII

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami.

“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.
“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.

“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.
“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.



ALASAN TIDAK LOGIK LELAKI SONGSANG

KUALA LUMPUR: Pengalaman pernah diliwat sewaktu zaman persekolahan hanyalah alasan membebaskan diri daripada dipersalahkan ketika melakukan perkara terkutuk lebih-lebih lagi dengan pasangan sama jantina, kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah.

Menurutnya, alasan seumpama itu sering kali digunakan golongan tertentu yang sudah ketiadaan idea lain demi menyelamatkan diri sekali gus meraih simpati.

“Kalaupun pernah mengalami detik hitam diliwat ketika remaja, pengalaman itu mana mungkin terbawa-bawa sehingga alam dewasa kerana ia jelas berbeza dari segi pemikiran dan cara hidup.

“Ini adalah alasan paling salah serta tidak logik diterima akal kerana perkahwinan terbabit pasti tidak berlaku, malah tidak mungkin mereka berupaya mempunyai zuriat jika benar suami memang terpengaruh dengan sejarah lampaunya itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang isteri beranak dua yang mendakwa kesal dengan rumah tangganya apabila suami didapati berlaku curang.

Lebih menyedihkan, suaminya dikatakan bukan menjalin hubungan dengan perempuan sebaliknya kaum sejenis yang dipercayai sudah berlarutan sejak lapan bulan lalu.

Dr Rubiah berkata, bagaimanapun, isteri masih boleh menyelamatkan perkahwinan dengan mengajak suami berjumpa kaunselor atau ustaz bagi merawat masalah itu serta berbincang dengan ahli keluarga terdekat.

Katanya, selagi boleh, rumah tangga tetap perlu dipelihara bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa dan menerima kesan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alasantidaklogiklelakisongsang/Article/index_html

Jumaat, 9 Disember 2011

Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH

Kami Petik ;
Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid terpaksa melalui perjalanan yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan mungkin maut hanya semata-mata mahu ke sekolah.

Berita yang dikutip dari The Sun ini memerihalkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid di kawasan utara wilayah Uygur Xinjiang di China. Mereka perlu meniti tebing-tebing gunung yang biasanya digunakan oleh kambing gurun. Gunung yang menjadi "jalan" ke sekolah itu setinggi 457.2 meter.

Sewaktu melintasi gunung tersebut, murid-murid ini akan dibantu oleh  ibu bapa dan kakitangan sekolah. , anak-anak muda perebutan ke atas batu landai muka kaki handholds dan mencari yang akan membuat kambing pun berfikir dua kali.

Seorang guru memberitahu: "Jalan ini sangat curam tetapi kami orang gunung. Kami sudah biasa menggunakan "jalan" seperti ini."

"Setakat ini, tiada seorang pun murid yang terjatuh - hukuman berat menanti mereka yang ponteng sekolah." -DCM


P/s: Budak-budak di negara kita ini, bukan setakat ditatang bagaikan minyak penuh oleh ibu bapa apabila segala keperluan disediakan, malah perjalanan ke sekolah pun sangat selesa, namun banyak yang ponteng sekolah kerana mengejar keseronokan sementara!

Khamis, 8 Disember 2011

BASIKAL SPERMA ANGKUT AIR MANI

Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.

- Agensi

Rabu, 7 Disember 2011

Isteri Jual Gambar Bogel di Laman Sosial

Kami petik ;
 
[HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.


Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.


Nur Hayah : Selepas jual gambar, jual apa pula? Marilah sama-sama menjalani cara hidup yang sihat dan beragama. Janganlah kerana sedikit habuan dunia, nilai dan agama menjadi taruhan.. Insafilah wahai insan!

Selasa, 6 Disember 2011

Abang Lahanat


Saya petik:

KUALA LUMPUR: Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.

Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

“Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.

“Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

“Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.

“Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar.
Nur Hayah : Kes seumpama ini pernah dimaklumkan kepada pihak kami. Dan kesannya adik perempuan kepada 'abang lahanat' yang dirogol itu kini dijangkiti HIV. Kerana si 'abang lahanat' itu sememangnya pembawa virus HIV. Marilah sama-sama kita bertanggungjawab menangani isu seumpama ini dan memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada semua lapisan masyarakat dan kesedaran demi kesejahteraan bersama.  Adios!

Isnin, 5 Disember 2011

Apabila Duit Sudah Banyak, Selebriti Beli Pesawat Hanya Sebab Remeh

Johnny Depp mengakui bahawa dia suka pergi ke sesuatu tempat dengan menaiki pesawat peribadi berbanding dengan pesawat biasa. Alasan utamanya berbuat demikian ialah dia boleh merokok tanpa dilarang!

Malah, Depp turut memberitahu
contactmusic, selain tidak suka dilarang merokok, dia juga berasa kurang selesa apabila penumpang lain memerhatinya umpama makhluk asing.

Katanya: "Kalau naik pesawat sendiri, saya boleh merokok.  Hal itu adalah pengalaman yang mahal."


Aktor berusia 48 tahun ini sebenarnya sudah berhenti merokok sejak dua tahun lalu. Namun setelah mula bekerja untuk projek terkininya,
Rum Diary, dia kembali merokok.

Ahad, 4 Disember 2011

Jual Rakan (Dikurung, Didera, Dirogol) untuk Langsai Hutang


Kami petik ;

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.
 
Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.
 
Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.

Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.

 
Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk ‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.
 
Nur Hayah : Orang sanggup lakukan apa sahaja dan tidak lagi memikirkan moralnya atau agama jauh sekali. Hidup ini tidak akan bahagia dengan menyusahkan orang lain. Bahkan akan lebih sengsara. Bertaubatlah wahai manusia... Pembayar hutang dan penerima bayaran hutang dgn cara begini - sama2 dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Renung-renunglah..

Sabtu, 3 Disember 2011

Remaja Ditoreh 300 Kali Kerana Ritual Pemujaan Syaitan Berunsur Seks

SUSPEK: Rebecca Chandler and Raven Larrabee

Dua orang gadis di Amerika Syarikat didakwa mengikat dan menoreh seorang remaja lelaki lebih daripada 300 kali semasa ritual permujaan syaitan yang turut berunsurkan seks yang dijalankan selama dua hari.

Menurut berita
Agensi, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan kecederaan  di leher, kaki, lengan dan belakang.

Remaja tersebut dipercayai bertemu dengan Rebecca Chandler, 22, dan Raven Larabee, 20, di internet sebelum bertemu dengan kedua-dua gadis itu di pangsapuri mereka. Remaja itu dikatakan telah dijanjikan habuan seks oleh pasangan itu.


Chandler mendakwa bahawa torehan di anggota badan antara pasangan itu dengan remaja tersebut adalah persetujuan bersama namun kemudiannya "menjadi tidak terkawal."


Antara buku yang dijumpai di apartmen itu termasuklah
The Werewolf’s Guide to Life, The Necromantic Ritual Rule Book and Intro to Sigilborne Spirits.

Kedua-dua gadis yang masih belum didakwa itu ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.
 
Nur Hayah : Manusia akan bertindak di luar batasan insani apabila dirasuk oleh hawa nafsu dan syaitan. Bagi setiap Muslim, menjadi tanggungjawab untuk menjauhi segala tipu daya dan hasutan ke arah kerosakan. Fenemona begini juga sedikit sebanyak telah menular dikalangan remaja kita. Marilah sama-sama kita dekatkan diri kepada Allah dan jauhi segala ajaran-ajaran sesat yang menyesatkan.