BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.
KLANG:
“Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya
langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila
suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.
“Hati
isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya
gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.
Ibu
berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang
berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas
mengesan beberapa petanda mencurigakan.
“Suami
saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi
saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan
kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di
ibu kota.
Liza
berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia
mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka
dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.
Menurutnya,
perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah
tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.
Liza
semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam
kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.
“Selepas
kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada
Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga
lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.
“Tanpa
diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak
ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur
kami.
“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.
“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.
Selepas
kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang
tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon
bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga
ada banyak perkataan lucah.
“Saya
juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan
perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima
suami datangnya daripada lelaki.
“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.
Bagi
mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada
jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa
serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.
“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.
“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.
“Malah,
suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki
dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah
menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.
Berikutan
itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana
bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.
“Alhamdulillah,
keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana
suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej
lucah di telefon bimbitnya.
“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.
ALASAN TIDAK LOGIK LELAKI SONGSANG
KUALA
LUMPUR: Pengalaman pernah diliwat sewaktu zaman persekolahan hanyalah
alasan membebaskan diri daripada dipersalahkan ketika melakukan perkara
terkutuk lebih-lebih lagi dengan pasangan sama jantina, kata pakar
motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah.
Menurutnya,
alasan seumpama itu sering kali digunakan golongan tertentu yang sudah
ketiadaan idea lain demi menyelamatkan diri sekali gus meraih simpati.
“Kalaupun
pernah mengalami detik hitam diliwat ketika remaja, pengalaman itu mana
mungkin terbawa-bawa sehingga alam dewasa kerana ia jelas berbeza dari
segi pemikiran dan cara hidup.
“Ini
adalah alasan paling salah serta tidak logik diterima akal kerana
perkahwinan terbabit pasti tidak berlaku, malah tidak mungkin mereka
berupaya mempunyai zuriat jika benar suami memang terpengaruh dengan
sejarah lampaunya itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam
mengenai pengakuan seorang isteri beranak dua yang mendakwa kesal dengan
rumah tangganya apabila suami didapati berlaku curang.
Lebih
menyedihkan, suaminya dikatakan bukan menjalin hubungan dengan
perempuan sebaliknya kaum sejenis yang dipercayai sudah berlarutan sejak
lapan bulan lalu.
Dr
Rubiah berkata, bagaimanapun, isteri masih boleh menyelamatkan
perkahwinan dengan mengajak suami berjumpa kaunselor atau ustaz bagi
merawat masalah itu serta berbincang dengan ahli keluarga terdekat.
Katanya, selagi boleh, rumah tangga tetap perlu dipelihara bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa dan menerima kesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan