Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Rabu, 21 Disember 2011

Campuran Simen dan Gam Disuntik ke Punggung Wanita


Seorang "doktor" transgender dituduh menyuntik campuran simen, minyak, bahan kedap tayar, dan gam super ke punggung seorang wanita. Pelanggan malang itu dilaporkan membayar hampir £450 untuk perkhidmatan membesarkan punggungnya.
Oneal Morris, 30, ditahan selepas mangsa hampir meninggal dunia berikutan bahan-bahan toksik yang disuntik itu tersebar di dalam badannya. Kini, Morris, hidup manusia sebagai seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan kepada badan pelanggannya. Dia didakwa melakukan prosedur itu di rumahnya sendiri.

Menyorot kembali situasi yang dihadapi mangsa, sumber mendakwa wanita yang tidak dinyatakan namanya itu mula mengalami gejala seperti radang paru-paru dan kesan bilur besar yang muncul di belakangnya.

Polis berkata Morris, dari Florida, Amerika Syarikat, memberikan wanita itu satu siri suntikan untuk mendapatkan bentuk "punggung ghetto" - satu istilah yang digunakan untuk menerangkan punggung yang lebih besar dengan bentuk yang menarik.

Untuk mendapatkan bentuk badan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, wanita di Amerika beralih kepada pembedahan "homemade" yang jauh lebih murah, namun membahayakan nyawa berbanding dengan pembedahan kosmetik yang mahal.

 Sarjan Bill Bamford berkata: "Saya fikir cara itu gila, sudah tentunya mengancam nyawa."

"Jika anda ingin menjalani prosedur perubatan, carilah pakar perubatan berlesen, pergilah ke kemudahan perubatan berlesen untuk mendapatkan rawatan perubatan yang betul." -DCM


P/s: Sila ambil pengajaran! Untuk bacaan lanjut, sila baca di The Sun atau google di internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan