Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Khamis, 22 Disember 2011

Tiga Beranak ke TALI GANTUNG

 
Kami petik ;

[SH] ALOR SETAR - Seorang bapa dan dua anaknya dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, setelah didapati bersalah memproses 368.126 kilogram dadah jenis methaphetamine, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu, selepas meneliti semua hujah pembelaan dan keterangan pendakwaan.

Ong Hooi Beng, 50, Pang Chui Kong, 47, Ong Eng Keat, 26, Lim Kim Hee, 50, Wong Ah Ngau, 52, dan Ong Gaik Ee, 24, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (c) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 9 Julai 2006, di Kilang Zmas Synergy Sdn Bhd, Taman Makmur, Lunas.

Mohd Azman dalam penghakimannya berkata, Pang Chui Kong, Lim Kim Hee dan Wong Ah Ngau, berjaya menyangkal kes prima facie pendakwaan dan menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh itu dilepas dan dibebaskan. Namun mahkamah mendapati ter­tuduh Hooi Beng, Eng Keat dan Gaik Ee, ga­gal menyangkal kes prima facie pen­dakwaan.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan, kesemuanya berada di dalam kilang itu dan sedang bekerja di beberapa tempat.

Polis menemui pelbagai peralatan digunakan untuk memproses methaphetamine.

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Razali Che Ani, manakala kesemuanya diwakili peguam Ranjit Singh melainkan tertuduh kedua, Chui Kong, yang diwakili peguam S Anthony.


P/s: Menangis air mata berdarah pun tidak berguna!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan