Kawe Cakna, Demo Cakna, Kito Bahagia! (I Care, You Care & Happiness!)

Isnin, 31 Oktober 2011

Etika Kerja

Etika kerja. Mana-mana pejabat atau office, tentunya terpampang besar kenyataan-kenyataan seumpama ini. Etika Kerja, Misi, Visi, kata-kata hikmah dan pelbagai lagi. Semuanya hebat dan baik sekali. Apakah tujuannya? Tentunya untuk menyuntik semangat positif ke arah kejayaan. Betul tak?! Sememangnya begitu!

Seorang pengkaji sikap manusia yang hebat dan terkenal membuat penyelidikan hampir 50 tahun untuk mengetahuinya manakah antara sikap-sikap ini yang akan menjadikan manusia berjaya dan cemerlang. Beliau menggariskan 999 sikap yang perlu ada untuk seseorang itu berjaya. Namun, semua ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak dimulai dengan sikap yang pokok atau asas kepada semua sikap ini. Disiplin. Itulah yang paling utama. Itulah penilaian yang dilakukan oleh Kop Kop Mayer ke atas sikap manusia yang berjaya.

Apalah gunanya seorang yang bersikap positif tanpa adanya disiplin diri. Akhirnya positif tadi hanya akan tinggal positif tanpa membuahkan apa-apa hasil. Saya telah berjumpa dengan ramai yang positif bila berbicara. Penuh positif tetapi tetap pada kedana kerana tidak pernah bertindak atas sikap positifnya itu. Dia menyangka, dengan hanya bersikap positif dia seterusnya akan berjaya atau wang ringgit akan berbondong-bondong mengejarnya. Tidak. Itulah salahnya.

Fokus. Begitu juga dengan Rajin, Istiqamah, Produktif, Jujur & Ikhlas serta segalanya dari sikap-sikap yang perlu. Disiplinlah ketuanya. Tanpa disiplin, semua ini hanya akan tinggal satu slogan yang baik serta bagus tetapi tidak akan menjamin apa-apa perubahan serta kejayaan. Kejayaan akan bermula menghampiri apabila disiplin menjadi sikap utama dalam diri. Disiplin adalah jambatan penghubung antara matlamat dan perlaksanaan. Itulah juga janji Allah. Kami doakan semoga anda semua yang mempunyai disiplin diri akan terus berjaya dan berjaya..! Adios!

Ahad, 30 Oktober 2011

Luck is Created!

Lucky Stone - Bring Good Luck - Saya pun percaya ianya akan membawa tuah kepada mereka yang mempunyai tapak tangan dan genggaman yang besar. Tentunya tak sama saiz genggaman seseorang. Itulah tuahnya. Batu ini akan membawa tuah, itu jauh sekali!

Teringat pertistiwa saidina Umar al-Khattab dengan Batu Hitam (Hajaral Aswad) yang terletak di Baitullah. Apa kata Saidina Umar al-Khattab ; “Wahai Batu, aku tahu bahawa kamu tidak akan dapat memberi manfaat malah mudharat kepadaku, seandainya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengucupimu nescaya aku tidak akan mengucupimu”. Itulah hebatnya keimanan Saidina Umar al-Khattab dan para sahabat.

Seorang sahabat pula pernah menyebut, “Luck is Created!”. Benar sekali. Memang begitulah hidup ini. Jangan terlalu bergantung pada nasib. Mereka yang sering mengharapkan nasib akhirnya merana. Jangan menghukum diri kita dengan nasib baik atau nasib malang. Ingatlah, Luck is Created!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jahil Tentang Hukum atau Kurang Ajar dengan Hukum..

Kami Petik ;

ANTARA KURANG AJAR ATAU JAHIL??TERUK DAHHH MALAYSIA NII..!!

Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.

Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".

Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".

"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.

"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".

Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"

- Camar putih

Kes bunuh model: Lelaki terlepas hukuman gantung

PUTRAJAYA - Seorang pekerja landskap diperintah menjalani hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh seorang model sambilan yang cuba meliwatnya tujuh tahun lalu.


Mahkamah berpendapat wujud provokasi secara mengejut pada hari kejadian di mana mangsa cuba meliwat tertuduh ketika sedang tidur.

Ismawi Ishak, 26, sebelum ini disabit dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 September tahun lepas kerana membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah mangsa di Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah, di antara pukul 12.01 tengah malam dan pukul 7.17 pagi 4 Mei 2004.

Bagaimanapun, Ismawi terlepas tali gantung apabila panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati.

Panel tersebut, yang turut dianggotai oleh Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohtaruddin Baki, kemudian meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) Kanun yang sama atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Mahkamah kemudian memerintahkan Ismawi menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh tangkapan pada 9 Mei 2004.

Dalam keputusannya, Abdul Malik berkata, pakar patologi memberi keterangan bahawa berdasarkan 27 kesan luka akibat tetakan dan tikaman ke atas mangsa, boleh disifatkan ia adalah serangan berupa hilang kawalan kerana terlalu marah.

Semasa kejadian, perayu yang berusia 19 tahun dikatakan menumpang tidur di rumah mangsa apabila mangsa menanggalkan seluar tertuduh dan menyentuh tubuh serta cuba meliwatnya dan perbuatan itu telah menimbulkan kemarahannya.

Terdahulu, peguam Ismawi yang dilantik oleh mahkamah, K. Vikneswaran menggesa mahkamah meminda tuduhan itu kerana ia bukan pembunuhan yang dirancang tetapi sebaliknya anak guamnya hilang pertimbangan dan marah apabila mangsa cuba meliwatnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin berkata, kesan luka ke atas mangsa sudah cukup membuktikan niat Ismawi untuk membunuh mangsa. - Bernama

Wanita Minta Izin Pakai Tudung di Penjara


Amina Farah Ali (kanan) dan Hawo Mohamed Hassan

Majlis Berkaitan dengan Hubungan Islam-Amerika di Minnesota meminta Jabatan Syerif memberikan kemudahan kepada banduan untuk memakai tudung selepas seorang wanita Islam yang didapati bersalah berhubung dengan dakwaan keganasan terpaksa membuka tudungnya semasa berada dalam tahanan.

Tertuduh, Amina Farah Ali, 35, dan rakannya, Hawo Mohamed Hassan didapati bersalah pada minggu lalu kerana menyalurkan wang kepada "kumpulan pengganas" Al-Shabab di Somalia.

Peguam wanita itu, Dan Scott berkata, anak guamnya mahu memakai tudung kerana mematuhi ajaran Islam. Menurutnya, Amina perlu menutup aurat apabila berada di sisi lelaki yang bukan muhrim.

"Dia mahu memakai pakaian tradisinya (tudung). Pemakaian tudung itu amat penting baginya," kata Scott.

"Dia kini di penjara. Justeru, apa yang dia mahu tidak semestinya dia dapat. Tetapi dia berhak mengamalkan ajaran agamanya," tambah peguam itu.

Mengulas isu tersebut, Syerif Daerah Sherburne, Joel Brott berkata, Amina tidak boleh memakai tudung di penjara atas faktor keselamatan.

Pakaian awam termasuk tudung katanya, tidak dibenarkan dipakai di penjara kerana pakaian itu mungkin digunakan sebagai senjata atau menyembunyikan identiti banduan.

Namun, ujar Brott, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa persekutuan sama ada untuk memberikan pengecualian kepada Amina atau sebaliknya.

Menu Rakyat?!

Satu kempen yang bagus dan berbaloi. Bahkan berbaloi-baloi sekiranya benar kempen menu rakyat ini berjalan dengan baik. Adakah benar harga sarapan dan makan tengahari dengan harga maksimum adalah harga ini?!

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Terutama yang berada di bandar besar. Ada sesetengah toilet yang bayarannya mencecah RM5 sekali masuk. Adakah masuk akal bahawa pakej makan tengah hari hanya RM4.00. Tetapi inilah realiti pada iklan Menu Rakyat 1Malaysia ini...

Kalau benarlah ini dipraktikkan, maka tidak hairanlah sekiranya inilah kerajaan berkebajikan yang diinginkan oleh semua lapisan masyarakat.

Kalau anda inginkan kepastian, daillah nombor hotline yang tertera. Mungkin anda akan mendapat jawapannya... Adios!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Seks - Hanya RM10

Kami Petik ;

Hanya RM10... Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya. - metro

Khamis, 27 Oktober 2011

Pesan Seorang Ibu...

Pada bulan syawal yang lepas, aku telah menziarahi seorang ibu tunggal yang tinggal di semenyeh dengan beberapa anak teruna mereka dan seorang anak dara beliau. Ibu ini kelihatan agak positif dan bersemangat dari penampilan luarannya. Dari dalam, siapa yang tahu. Bak kata seorang wartawan dulu, ‘Rumah terbakar nampak asapnya, hati yang terbakar tiada siapa yang tahu’. Itulah mungkin gambaran yang dapat kugambarkan dalam diri sang ibu. Di sebalik senyuman, seribu satu kedukaan dan cabaran yang ditanggungnya dari dulu hingga kini dalam membesarkan anak-anaknya.

Sebagai tetamu, aku hanya memerhati sekeliling dan keadaan rumah yang cantik tersusun rapi. Mungkin kerana baru menyambut raya. Rumah yang seadanya tetapi dihias cantik sekali. Begitu tenang dan nyaman. Si ibu yang peramah buat aku rasa begitu tenang dan tenteram. Berada dirumahnya seolah-olah berada dipangkuan keluarga sendiri. Tenang, tenteram dan bahagia.

Dalam pada itu, aku terpandang satu poster yang terlekat di ruang dapur setelah aku dijemput menjamu selera di ruangan dapur yang kecil tetapi kemas dan tersusun cantik itu. Kata-kata pada poster itu menggamit aku menelitinya beberapa kali ; “To All of my Son’s, We have to face problem and difficulties.. Not to CRY for it!!!”... Allah is always by your side... InsyaAllah!

Kata-kata ini juga memberiku semangat. Fahamlah aku bahawa si ibu melalui terlampau banyak kedukaan dan cabaran hidup. Sikap positifnyalah yang memandunya kini hidup lebih berjaya dan ceria.. Semoga Allah tetap bersama kalian! Amin ya Rabbal ‘Alamin...

Rabu, 26 Oktober 2011

Bank Grameen

Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.

Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.

"Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari".

Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.

Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.

Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke atas status ekonomi mereka.

Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini. Di sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang menamatkan kitaran "pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah".

Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema "Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan". Majlis makan tengah hari khas ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).

Grameen bermakna "luar bandar" atau "kampung" dalam bahasa Bangla. Slogannya adalah "Bank bagi Miskin". Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

Profesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka.

"Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga", jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu seperti yang tertera di bawah:

"Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka".

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90 peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan.

Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula masa depan keluarga-keluarga ini?

Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf. Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan, masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.

"Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan", katanya.

Jadi rancangan itu dimulakan.

Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan sahaja ke sekolah malah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.

Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej.

"Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka", kata beliau.

Tetapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui kemampuan mereka.

"Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini - untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan".

Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan merentasi seluruh Bangladesh.

Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar.

"Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka.

"Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain".

Penuntut Grameen di Malaysia

Muhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar Bangladesh.

"Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang", jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976, beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin.

Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di Malaysia.

Hari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima biasiswanya.

Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi dalam bidang kredit mikro.

Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam generasi kedua, kata Muhammad.

"Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik".

--Bernama

Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!)

Kami Petik ;

Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..


Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.


Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).
Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang..

klik "SHARE" untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi mangsa seterusnya..

- Nizarazu -

Sabtu, 22 Oktober 2011

Ibu bapa diminta jangan leka

Dipetik dari : Sinar Harian

Penularan gejala sosial di kalangan rakyat Kelantan semakin hari semakin membimbangkan, dan apa yang lebih memeranjatkan negeri yang turut dikenali sebagai Serambi Mekah ini dicatatkan sebagai negeri yang mencatatkan jumlah penghidap HIV dan AIDS tertinggi di Malaysia.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Sapinah Ab Ghani bersama Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar bagi merungkai isu yang melanda negeri di bawah pimpinan Pas ini.

SH: Merujuk kepada statistik dicatatkan Kementerian Kesihatan, jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lalu adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, persoalannya kini adakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri tidak berhasil?

WAN UBAIDAH: Pelbagai usaha dilakukan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala sosial di negeri ini, dan antara yang dilakukan termasuk mengadakan dakwah halaqat untuk memberi penerangan tentang ilmu agama, serta membimbing ke arah kebaikan.

Namun tidak semua masyarakat di Kelantan minat untuk mendalami ilmu agama, menyebabkan kesukaran kita membantu golongan ini yang turut bertindak sebagai penyumbang kepada masalah- masalah sosial di negeri ini.

Selain itu, kemudahan yang terbatas turut menghalang kita untuk mentarbiah masyarakat supaya menjauhi perkara terlarang, tambahan pula, tidak ramai yang memilih saliran agama sebagai tempat menuntut ilmu. Kalau tidak silap hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar di negeri ini memilih saliran agama.

SH: Selain itu, adakah faktor lain yang mempengaruhi situasi ini?

WAN UBAIDAH: Saya juga melihat satu faktor lain, di mana ia turut berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak menitik beratkan agama, dan bertitik tolak daripada situ secara tidak langsung masyarakat akan mendapat kefahaman bahawa ilmu agama tidak mempunyai nilai.

Mata pelajaran agama bukanlah suatu yang wajib dalam sistem pendidikan kita hari ini, jika diperhatikan hanya subjek-subjek tertentu seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris adalah keutamaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apabila rakyat mula memahami bahawa pendidikan agama itu tidak penting, jadi mereka akan hidup dalam kehidupan yang seolah-olah tidak tidak ada landasan untuk dipelihara, segala tindakan akan berlandaskan nafsu, dan faktor inilah yang menyumbang kepada berlaku keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak kita hari ini.

Selain itu, ketidakpekaan ibu bapa terhadap anak-anak juga antara penyumbang kepada berleluasanya masalah sosial di negeri ini.

Anak-anak yang tidak sempurna didikan agamanya kerana kelekaan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing memudahkan mereka terjerumus ke lembah sosial, kerana mungkin tidak tahu membezakan antara kebaikan dan keburukan di sebalik tindakan diambil.

SH: Apakah tindakan sewajarnya dilakukan ibu bapa dalam membantu mengatasi masalah yang membimbangkan dari sehari ke sehari ini?

WAN UBAIDAH: Apa yang penting adalah kembali kepada agama, menghayati ajaran Islam sebaiknya dan menerapkan ke dalam diri anak-anak agar mereka mempunyai satu pegangan yang kuat untuk melindungi diri dari gejala tidak sihat.

Ibu bapa jangan leka dan memandang ringan dalam perkara ini, kerana peranan mereka terlalu besar, anak-anak adalah amanah Allah yang sepatutnya dijaga sebaiknya.

Golongan ibu dan bapa juga perlu cerdik melebihi anak-anak, kerana kecanggihan teknologi hari ini tidak mustahil akan membolehkan anak memperdaya orang tua masing- masing untuk kepuasan diri mereka.

Jadi, pemantauan terhadap pergerakan dan pergaulan anak-anak penting, tetapi dengan cara yang profesional agar mereka tidak merasa dikongkong dan dikawal seperti anak kecil.


SH: Sudah lebih 20 tahun Pas memerintah negeri ini, dan sering melaungkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’, namun jika dilihat pada situasi hari ini, dengan masalah pembuangan bayi, rogol dan sebagainya, seolah-olah slogan yang diluangkan itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada masyarakat. Jadi apa reaksi Kerajaan Negeri bila ada suara- suara sinis yang mempertikaikan usaha dilakukan?

WAN UBAIDAH: Di Kelantan, pengundi Pas dan Umno hampir sama banyak, kita tidak mempunyai kuasa autonomy, kalau nak menyampaikan ilmu-ilmu agama pun, hanya melalui ceramah sahaja, di mana pendengarnya adalah terhad, kerana kita tidak mempunyai apa-apa saluran (televisyen dan surat khabar) yang membolehkan rakyat menerima pendedahan secara meluas.

Bidang kuasa kita (Kerajaan Negeri) juga terhad, kita tidak ada polis dan sistem perundangan sendiri. Mahkamah Syariah yang ada pun hanya untuk menyelesaikan perkara-perkara melibatkan pusaka, nikah, kahwin serta cerai.

Dalam isu ini, kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu Kerajaan Negeri semata- mata, kerana banyak pendedahan diperolehi anak-anak hari ini adalah hasil kecanggihan teknologi yang dibawa golongan pemerintah.

Sebab itulah kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Pusat adalah perlu, kalau boleh aktiviti hiburan yang tentunya boleh melalaikan itu dikurangkan.

SH: Apakah aktiviti- aktiviti yang dilakukan kerajaan dalam usaha membendung gejala sosial di kalangan masyarakat hari ini?

WAN UBAIDAH: Kita sentiasa mengadakan program-program untuk membendung masalah ini, antara lainnya pelaksanaan Dasar Keluarga Mawaddah untuk memastikan setiap keluarga di negeri Cik Siti Wan Kembang ini hidup berkasih sayang.

Setakat ini kita sedang menyediakan modul bagi menjayakan dasar berkenaan yang dilancarkan awal tahun lalu, dan antara yang disenaraikan dalam modul itu ialah tentang cadangan bahan bacaan yang wajib serta sesuai dibaca mengikut usia dan status, peranan ibu dan bapa

Kita juga sedang membukukan Buku Panduan Checklist supaya masyarakat mendapat idea untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada keutuhan keluarga masing-masing.

SH: Pada fikiran YB adakah faktor lain yang mempengaruhi peningkatan masalah sosial di negeri ini?

WAN UBAIDAH: Ya, faktor kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand juga antara penyumbang penting dalam peningkatan masalah sosial termasuk HIV.

Walaupun pelbagai usaha dan sekatan dilakukan untuk menghalang penularan faktor-faktor yang keruntuhan moral di kalangan masyarakat negeri ini, namun itu bukanlah alas an untuk penduduk di negeri ini mendapatkannya sehingga ada yang bersahaja keluar masuk ke sempadan, jadi apa yang dapat kita lakukan, untuk membuat sekatan, itu tidak memadai kerana peluang untuk rakyat negeri ini memasuki sempadan terlalu luas.

Saya menyeru kepada masyarakat agar tidak menyerahkan perkara ini kepada kerajaan semata-mata, kerana peranan mereka juga tidak kurang pentingnya.

Kerjasama penghulu dan imam serta individu yang disegani di kampung- kampung untuk menasihatkan anak- anak mukim mereka adalah dituntut, kerana pekerjaan menyeru ke arah kebaikan ini memerlukan sokongan dan penyertaan semua pihak, barulah kesannya juga lebih menyeluruh.

Khamis, 20 Oktober 2011

Saya petik:
TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki.
[HM] JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri....


P/s: Macam-macam!

Isnin, 17 Oktober 2011

Keajaiban Bersedeqah 05

Pengalaman sebenar yang berlaku kepada Pengarah Urusan Jelira Marketing Sdn Bhd yang bertempat di Keterah, Kota Bharu Kelantan. Beliau yang dikenali pihak Nur Hayah lebih mesra dengan panggilan Abe Azam.. Seorang yang peramah, mudah mesar dan senang berbicara. Apa yang penting, sikap semulajadinya yang suka membantu sesiapa sahaja. Tidak kira tempat dan masa. Begitu juga dengan perwatakan isterinya yang mudah tersenyum dan petah berbicara serta cepat mesra.

Pada suatu hari, pihak Nur Hayah mempunyai program 'ad-hoc'. Dua program serentak dan perlu menyediakan 6 bunting untuk tujuan itu pada keesokan paginya. Sekarang jam sudah menunjukkan jam 5 petang. MasyaAllah! itu yang terpancur dari mulut kami. Kami yakin tentunya dengan niat murni kami ini, pastinya semua ini tidak menjadi halangan.

Pihak Jelira Marketing Sdn Bhd sudi membantu. Kami memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi. Hati kami amat terharu bila melihat pemilik syarikat dan rakan kongsi syarikat ini sendiri yang menguruskan percetakan bunting kami. Kata mereka ; 'Semua pekerja dan pulang'. MasyaAllah.. Ini bos-bos sendiri yang lakukan kerja-kerja ini. Setelah jam menunjukkan 3 pagi, barulah kerja-kerja ini semua disiapkan. Dari hal setting menyeting, design dan cetak. Allahul musta'an... Apa yang mengejutkan kami lagi, katanya F.O.C... Biar betul ; kata kami.

Esok harinya, Alhamdulillah program kami dapat berjalan lancar dan lebih memberansangkan serta berjaya dengan adanya bunting yang disediakan oleh Jelira Marketing Sdn Bhd.

Apa yang mengejutkan, pada petang itu, syarikat Jelira Marketing mendapat tempahan bunting pada saiz yang sama kami tempah itu sebanyak 600 buah bunting. Tabarakallah.. siapa sangka ye.. Mereka kata, tak rugi kami sedeqahkan 6 bunting semalam dan hari ini kami dapat tempahan yang besar. Itulah ajaibnya sedeqah. Dari pengalaman kenalan kami sendiri..! Semoga Allah berkati perniagaan mereka dan limpat gandakan lagi rezeki mereka dan dikurniakan kesejahteraan serta ketenangan kepada mereka dan ahli keluarga mereka.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Pembiayaan Program Nur Hayah

Program Nur Hayah ini merupakan satu program usahasama yang dijayakan oleh pihak HFZ Group Sdn Bhd dengan pihak Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP) Negeri Kelantan. Program Nur Hayah ini meliputi tujuh peringkat perlaksanaan program bertujuan untuk menangani masalah HIV/AIDS dari terus menular dan tersebar.

Disamping itu, ianya bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang HIV/AIDS ini. Kefahaman yang jelas tentang HIV/AIDS akan mengikis segala tohmahan dan pandangan buruk masyarakat kepada pesakit HIV/AIDS.

Program Nur Hayah juga bertujuan untuk memberi kaunseling dan rawatan kepada pesakit yang disebabkan oleh atau lebih dikenali dengan golongan mangsa yang menghidapi penyakit HIV/AIDS dan terpaksa menjalani hidup dengan virus ini berada di dalam badan mereka. Kerana itu, pihak kami telah membuat satu penempatan khas kepada golongan ini di Nur City Center di Bachok Kelantan.

Kami bergitu berharap sokongan dari semua pihak akan melancarkan lagi program Nur Hayah ini. Diharapkan dengan usaha ini akan mengekang banyak permasalahan yang timbul dalam permasalahan yang berkaitan dengan penularan dan peningkatan yang mendadak penghidap HIV/AIDS.

Setiap cadangan dan pandangan pihak kami amat mengalu-alukannya dari semua pihak. Pihak kami juga begitu mengharapkan aktivis yang ingin bersama kami untuk menangani isu dan permasalahan ini bersama.

Segala cadangan dan buah fikiran serta bantuan yang ingin disalurkan, bolehlah menghubungi kami melalui email kami : nurhayah2011@gmail.com.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Gangguan Iblis tidak dari atas dan bawah

Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini :
“Iblis menjawab : ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at)’”. (QS. Al A’raf : 16-17).

Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raf ayat 17 di atas adalah:
“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka” :
Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),

“dan dari belakang mereka”:
membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),

“dari kanan”:
urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim)

“dan dari kiri mereka”:
dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa ‘An Syama’ilihim).

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:

“Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?”

Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk

-khalifah

Khamis, 13 Oktober 2011

Surat dari seorang pembawa HIV yang cekal...

Dipetik dari : http://akuhivpositif.blogspot.com

Salam rakan-rakan seperjuanganku,

Saya salah seorang PLHIV. Saya seringkali membuka ruangan blog ini dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa tetapi inilah kali pertama saya tampil untuk menyumbangkan sesuatu. Saya berharap ianya menjadi inspirasi buat insan senasib saya.

Saya ingin sekali berkongsi kisah suka duka kehidupan saya yang telah 8 tahun hidup bersama virus HIV di dalam badan saya.

Saya adalah anak kesayangan ayah. Saya dididik dengan baik dan mempunyai diploma dalam bidang yang saya minati. Walaupun sudah berkawin dan mempunyai seorang anak, ayah masih menganggap saya anak manjanya.

Ayah masih nak ikat rambut saya dan tunggu saya datang untuk potong kukunya. Tetapi langit tidak selalunya cerah. Ibubapa mana yang tidak hancur hatinya apabila mendapat tahu anak kesayangannya dijangkiti virus HIV. Tidak cukup dengan itu, anak saya juga turut dijangkiti.

Selepas itu hidup saya seolah-olah tidak bermakna lagi. Saya tidak peduli tentang diri saya, anak saya dan suami saya.

Pendapat doktor yang mengatakan saya hanya mampu hidup 4 tahun sahaja lagi terngiang-ngiang di telinga. Sehinggalah suami meninggal dan anak dijaga oleh bekas mertua, saya tetap mengurung diri.

Badan kurus menampakkan tulang, kulit bertukar hitam dan saya tidak mampu berdiri sehingga terpaksa mengensot untuk ke bilik air. Mak dan ayah hanya mampu menangis melihat saya.

Ketika itu saya amat pasti hidup saya tidak panjang dan masa depan saya gelap. Seolah-olah menanti hari kematian sahaja. Saya amat pasti akan pergi menghadap yang Maha Esa bila-bila masa sahaja.

Itulah yang berlaku 8 tahun dahulu tetapi sekarang, siapa sangka saya masih di sini. Saya bangga dengan diri saya. Saya mempunyai kerjaya sendiri dan keluarga saya amat mengambil berat dan sayangkan saya sama seperti dulu.

Dan yang paling indah, 2 tahun yang lalu saya bertemu jodoh dengan seorang yang amat menyayangi dan memahami saya dan dia BUKAN HIV+.

Hari-hari yang saya lalui bertambah indah apabila tanggal 2 November 2010 saya selamat melahirkan seorang putera yang amat comel dan yang paling penting, dia bebas dari virus HIV. Bulan depan umurnya genap setahun.

Anak pertama dengan bekas suami sudah tahun 3 di sekolah rendah. Dia juga tinggal bersama saya. Pelajarannya cemerlang dan IQnya juga tinggi. Bacaan CD4 dan viral load nya di tahap yang tidak membimbangkan

Saya bercita-cita ingin melihat dia belajar sehingga mendapat ijazah dan berkahwin. Saya tidak akan berputus asa, insya-Allah...

Sungguhpun begitu, 8 tahun adalah jangkamasa yang agak lama. Banyak pahit maung yang saya lalui. Tidak lekang daripada stigma dan diskriminasi masyarakat, keluarga dan termasuk kakitangan hospital.

Bukan mudah untuk saya melaluinya dan menjadi begini. Seperti kawan-kawan yang lain, saya juga pernah dihina, dicaci dan disisihkan oleh saudara sendiri TETAPI semuanya terpulang pada diri kita sendiri.

Hanya diri sendiri yang mampu mengubahnya. Bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...” Jadi berusahalah dan sentiasa berdoa. Insya-Allah Tuhan pasti memudahkannya.

Salam dan Ikhlas,

Seroja.

Rabu, 12 Oktober 2011

AIDS dan Isu Kesihatan Mental

oleh : Khairul Azhar Bin Idris

Tamaddun manusia akan menyaksikan kemunculan alaf baru tidak berapa lama lagi. Dan isu-isu berkaitan AIDS akan terus menjadi sumber utama bagi kajian-kajian saintifik menjelang alaf tersebut. Pelbagai isu berkaitan dengan masalah ini akan cuba diselongkar oleh umat manusia itu sendiri. Mereka akan cuba mencari apa jua jalan penyelesaian bagi menangani gejala ini yang berpunca daripada kelalaian segelintir daripada golongan mereka. Cabaran yang paling utama mereka menjelang alaf yang akan datang ialah mencari satu bentuk penawar yang betul-betul berkesan bagi meneruskan kesinambungan tamaddun mereka. Atau mungkinkan alaf yang akan datang ini akan terus menyaksikan kehancuran tamaddun mereka yang akan terus lenyap daripada muka bumi ini. Ini kerana, selagi penawar untuk penyakit ini tidak ditemui, selagi itulah umat manusia akan berhadapan dengan kematian. 

Di samping itu, pelbagai isu lain yang berkaitan akan terus diberi perhatian. Dasarnya adalah untuk memberi harapan dan sokongan kepada seberapa ramai mereka yang telah dijangkiti penyakit ini. Antaranya, menuntut perubahan gaya hidup golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini kepada gaya hidup yang lebih bersih dan bermoral. Begitu juga, perubahan sikap dan pandangan serong masyarakat terhadap penyakit dan pesakit AIDS memerlukan penilaian semula atas beberapa faktor yang lebih logik dan lebih berperikemanusiaan. 
Di antara beberapa isu yang juga penting untuk diketengahkan adalah isu berkaitan kesihatan mental bukan sahaja di kalangan pesakit AIDS, tetapi juga mereka yang terlibat secara langsung menangani gejala ini seperti penjaga kepada pesakit, ahli keluarga pesakit, pertubuhan-pertubuhan kesihatan mental dan badan-badan bukan kerajaan bagi menangani gejala tersebut. Kesihatan mental di kalangan pesakit AIDS dan penjaga mereka adalah penting kerana ia melibatkan kos penjagaan dan ubatan.

Gejala AIDS 


AIDS atau Acquired Immunodeficiency Syndrome adalah satu bentuk tanda gejala yang wujud kerana adanya jangkitan dari virus HIV atau Human Immunodeficiency Virus ke atas seseorang. Jangkitan yang berlaku menjadikan seseorang yang dijangkiti mengalami kegagalan fungsi sistem daya tahan badan melawan sebarang agen biologikal yang memasuki badan. Virus HIV bukanlah satu virus yang bersifat fatal. Ia bukanlah virus yang boleh membawa maut. Kebanyakan mangsa AIDS pula bukan mati kerana virus ini, tetapi mereka mati kerana sindrom AIDS, iaitu satu komplikasi tidak langsung daripada tingkahlaku virus HIV tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar ungkapan seperti �infecting HIV is not the end of the world� atau dijangkiti HIV bukanlah bermakna hidup kita telah sampai ke penghujungnya. Walaupun ada benarnya, satu realiti yang harus diterima ialah risiko jangkitan virus HIV akan berakhir dengan maut!!!.

Tingkahlaku virus HIV


Virus HIV adalah sejenis organism yang mengandungi protein RNA. Di dalam sistem soma yang normal, RNA atau ribonucleic acid diperlukan bagi membawa maklumat yang berkaitan dengan perkembangan sesuatau organism. Pada kebiasaannya, RNA disintesis daripada DNA atau deoxyribonucleic acid. Tetapi keadaan ini berbeza dengan virus HIV. Virus ini sebaliknya memerlukan DNA yang diperolehi daripada proses sintesis daripada RNA bagi memperolehi maklumat genetik sesuatu organism dan ia memerlukan sejenis enzime dikenali sebagai reverse transcriptase enzyme, sejenis enzime yang diperlukan dalam proses sistesis tersebut. Bersadarkan kepada orientasi genetik virus ini, ia telah digolongkan ke dalam kumpulan retrovirus. 
Ia kemudiannya menggunakan maklumat genetik DNA ini untuk mengawal dan menguasai mobiliti dan tingkahlaku organism lain yang telah dijangkitinya. Seterusnya, ia akan menyamar dan menyerupai organism yang telah dijangkitinya itu berdasarkan kepada maklumat genetik yang telah dicerobohnya untuk memasuki sistem darah dengan tujuan untuk melemah, menyerang dan menguasai sistem pertahanan badan seseorang itu. 

Tujuan utama penyamaran oleh virus ini adalah untuk menghampiri dan menyerang sel T4 LYMPHOCYTES, sejenis sel darah putih yang juga dikenali sebagai CD4, iaitu sel yang berfungsi memusnahkan benda asing daripada memasuki dan menguasai sistem badan manusia. Virus ini seterusnya akan memusnahkan sel-sel T berkenaan dan melumpuhkan sistem daya tahan badan seseorang. 

Mereka yang telah diserang oleh virus ini mempunyai bilangan atau jumlah CD4 yang berkurangan daripada normal (WHO menetapkan bilangan sel T4 berkurangan sebanyak 20% daripada paras normal untuk diagnosis AIDS). Keadaan ini menjadikan sistem badan tidak mempunyai bilangan sel-sel penentang yang mencukupi untuk mempertahankan sistem badan daripada diserang oleh benda asing kerana sistem daya tahan badan telah lemah dan semakin lumpuh. Oleh yang demikian, sebarang benda asing seperti virus, bakteria, protozoa dan kulat yang memasuki badan atau yang telah sedia ada mendiami organ-organ tertentu di dalam badan yang pada asalnya tidak merbahaya, kini boleh membawa maut. Sebagai contohnya, Pneumocystis carinii pneumonia yang disebabkan oleh aktiviti mikro organism yang telah sedia ada mendiami paru-paru. Jangkitan lain seperti Candidiasis dan Cryptococcosis, kedua-duanya berpunca daripada jangkitan kulat. Terdapat juga jangkitan daripada protozoa yang dikenali sebagai Toxoplasmosis, yang menyerang paru-paru, organ seks dan otak, juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital seperti kerencatan otak dan buta bagi janin dan biasanya boleh membawa maut untuk pesakit AIDS.

Rawatan untuk AIDS 


Rawatan sedia ada bagi HIV dan AIDS buat masa ini tertumpu kepada pengawalan tanda gejala atau simptom dengan penggunaan dadah sementara menanti kemunculan vaksin yang boleh menghapuskan terus virus HIV ini. Sehingga kini, tiada satu ubat pun yang dapat membunuh virus ini. Buat masa ini, para saintis menggunakan kaedah untuk menghalang pembiakan berterusan virus HIV berdasarkan kepada orientasi genetik virus berkenaan. Oleh kerana virus ini menggunakan DNA yang diperolehi daripada proses sintesis ke atas RNA dengan menggunakan sejenis enzime (enzyme reverse transcriptase), saintis telah mencipta beberapa jenis dadah seperti nucleoside reverse transcriptase inhibitor dan protease inhibitor yang berfungsi sebagai antagonis yang menghalang pembentukan enzime atau memusnahkan terus enzime tersebut agar tidak dapat digunakan oleh virus berkenaan dalam proses sintesis protein mereka. 

Dadah daripada kumpulan ini didapati sangat efektif dengan mengurangkan jumlah virus ini sebanyak 99% dan seterusnya dapat meningkatkan kembali jumlah atau bilangan sel-sel T4 ke paras hampir normal. Buat masa ini, ubat yang biasa digunakan daripada dadah kumpulan ini ialah AZT atau azidothymidine yang didapati amat efektif dalam rawatan AIDS. Selain dari itu, terdapat juga sejenis dadah terbaru dikenali efavirenz, berfungsi untuk terus melekat kepada enzime reverse transcriptase dan seterusnya menghalang atau memusnahkannya agar tidak dapat digunakan lagi oleh virus HIV.

AIDS dan Kesihatan Mental 


Sehingga kini, tiada data dan maklumat terkini berkaitan status kesihatan atau gangguan mental di kalangan penghidap HIV mahupun pesakit AIDS. Walaupun kajian-kajian berkaitan dengan isu ini telah lama dijalankan di Barat, namun tiada lagi isu-isu seperti ini diketengahkan khususnya di negara ini. Sebagaimana yang diketahui dan berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan di Barat, penghidap HIV dan AIDS yang menunjukkan tanda-tanda gangguan mental terdiri daripada mereka yang terkejut dengan jangkitan yang dihadapi dan tidak bersedia untuk menerima realiti tersebut.

Isu kesihatan mental di kalangan penghidap HIV dan pesakit AIDS ini adalah satu isu yang perlu juga diberi perhatian wajar memandangkan ia timbul bersempena wujudnya pandemik ini. Tambahan pula, perhatian yang perlu diberi kepada orang yang sakit bukan hanya tertumpu kepada rawatan fizikal, tetapi juga rawatan terhadap aspek psikologi dan emosi mereka. Mereka juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan rawatan yang sempurna, di samping layanan yang adil dan sama rata tanpa rasa pilih kasih. Kebiasaannya, para pesakit yang telah dijangkiti secara tiba-tiba tanpa disedari bahawa mereka telah dijangkiti akan menunjukkan tanda gejala gangguan mental yang serius. Contohnya seperti pesakit yang telah menerima pemindahan darah, mangsa rogol dan mangsa penderaan seksual kanak-kanak yang telah meningkat dewasa. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan kedua berisiko tinggi. Kumpulan utama berisiko tinggi pula merujuk kepada mereka yang menjadi pembawa dan penghidap virus ini dengan cara penyebaran utama (primary transmission) iaitu perkongsian jarum ketika mengambil dadah dan berkongsi atau bertukar pasangan seks secara rambang dengan lebih dari beberapa orang. Mereka adalah golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi untuk mudah dijangkiti. Sementara kumpulan kedua berisiko tinggi pula adalah pesakit yang dijangkiti secara sekunder (secondary transmission) seperti melalui pemindahan darah, dan jangkitan ibu kepada bayi dalam kandungan. 

Gangguan mental amat ketara di kalangan para pesakit ini terutamanya bagi golongan kedua berisiko tinggi. Ini kerana mereka percaya bahawa mereka tidak akan dijangkiti dan bukan pula terdiri dari golongan yang berisiko tinggi untuk mudah dijangkiti. Walaubagaimanapun, gangguan ini juga turut dialami oleh kumpulan utama yang berisiko tinggi. Alasannya kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai penyakit ini seperti tidak tahu cara penyakit ini berjangkit dan risiko yang akan dialami apabila telah dijangkiti. Sekalipun mereka memahami cara dan risiko jangkitan, gangguan mental masih tetap akan dialami.

Antara jenis-jenis gangguan mental yang dialami ialah kemurungan, sedih, malu kecewa dan marah serta berputus asa. Rasa takut, bimbang, cemas dan panik sentiasa menghantui fikiran mereka. Ini menambahkan lagi tekanan yang mereka alami. Kesannya, kemungkinan pesakit untuk membunuh diri adalah tinggi. Tekanan adalah satu faktor yang menyumbang kepada gangguan mental. Tekanan yang paling ketara berlaku apabila pesakit mula menyedari mereka telah dijangkiti. Pada peringkat ini, mereka akan mengalami kejutan yang amat sangat di samping rasa takut, cemas, bimbang dan malu. Semua perasaan ini berkisar kepada kemungkinan berkaitan perubahan fizikal yang akan dihadapi, keupayaan kewangan dan kesediaan mental dan emosi serta penerimaan dan tanggapan keluarga dan masyarakat yang bakal diterima kelak. Adalah penting untuk mendidik pesakit agar menerima hakikat bahawa mereka telah dijangkiti. Seterusnya, pesakit hendaklah digalakkan untuk mendapatkan rawatan perubatan tanpa ada rasa takut atau malu. Pada peringkat ini, faktor kewangan merupakan satu lagi bebanan dan faktor yang boleh meningkatkan lagi tekanan mental pesakit yang sedia ada. Ini memandangkan pesakit terpaksa membayar RM300 seminggu untuk ubatan AIDS. Sekiranya gangguan mental di tahap serius, ubatan psikotropik dan rawatan psikologikal amatlah perlu dan ini sudah tentulah akan meningkatkan lagi keperluan kewangan mereka. Di samping itu, penerimaan dan bantuan dari keluarga dan masyarakat akan meringankan lagi beban kesakitan yang ditanggung pesakit.

Adalah amat penting untuk memahami keadaan dan tanda gejala berkaitan gangguan mental yang dialami oleh pesakit AIDS ini agar bantuan dan sokongan yang sewajarnya dapat diberikan. Ini penting agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan tenang dan gembira. Ketenangan fikiran akan diperolehi sekiranya mereka dapat menerima keadaan mereka dan juga diterima oleh orang lain, di samping rawatan perubatan dan sokongan psikologi dan emosi serta bantuan moral dan sosial daripada orang tersayang. Apa yang mereka harapkan adalah sokongan dan bantuan yang menunjukkan bahawa mereka masih disayangi, diperlukan dan diterima dalam keluarga dan masyarakat tanpa ada rasa diskriminasi.

Keajaiban Bersedeqah 04

Sebuah Peristiwa Luar Biasa.
Syeikh Athiyyah Muhammad Salim berkata ; "Peristiwa luar biasa ini terjadi pada abad ke-14H di Wadi Aflaj. Ketika itu seorang lelaki keluar dari rumahnya untuk mencari air, namun dia tidak menemuinya. Dia kemudian memasuki sebuah tempat yang bernama Duhl. Duhl adalah sebuah tempat seperti gua yang terletak di kaki gunung dan biasanya ditempat itu terkumpul air hujan sehingga orang ramai mengambilnya pada musim panas. Namun dia telah tersesat di tempat tersebut tanpa ada penunjuk jalan. Ketika dia mula berada jauh dari tempat itu dan sedar bahawa dirinya tersesat serta tidak mampu keluar, dia pun duduk sambil menunggu mana tahu ada anggota keluarganya yang datang untuk mencarinya. Dia belum menjumpai air walhal dia sudah lama berada di situ hingga dia pun merasa lapar dan dahaga. Lantas dia mengangkat kedua tangannya memohon kepada Allah. Tiba-tiba terdapat sebuah bekas hadir di hadapannya. Dia segera mengangkat bekas tersebut ke mulutnya dan ternyata isinya adalah susu lembu segar. Dia berada di tempat itu selama lima belas hari dalam keadaan setiap hari mendapat minuman susu lembu segar kecuali pada hari terakhir, dia tidak mendapatnya seperti biasa.
Pada hari terakhir itulah keluarganya menemuinya setelah lama mencari dan tentu sahaja mereka sangat terperanjat melihatnya masih hidup meskipun tinggal seorang diri di tempat seperti itu setelah sekian lama. Mereka lalu menanyakan hal itu kepadanya namun tidak menjawab soalan mereka. Sehingga dia bertanya ; "Apa yang telah kamu lakukan terhadap si polan, adakah kamu memberinya susu?". Ternyata mereka memberi susu kepada anak-anak yatim jiran tetangganya setiap hari. Maka mereka menjawab ; "Setiap hari kami memberi mereka susu kecuali hari kelmarin". Dia menjawab ; "Ya, aku sudah tahu akan hal itu". Mereka bertanya lagi ; "Bagaimana kamu tahu?". Dia pun menceritakan apa yang dialaminya tentang kedatangan susu yang berlimpah kepadanya setiap hari kecuali hari kelmarin".

Selasa, 11 Oktober 2011

DENDAM GADIS HIV KELANTAN

Petikan Kosmo, Ahad 09 Oktober 2011
oleh : Wartawan Adham Shadan

Gadis cantik dari Pasir Puteh, Shima (bukan nama sebenar), membalas dendam dengan menyebarkan virus HIV kepada mat rempit.

Mereka ialah mangsa, bukan si pencari bahana. Mereka ditakdirkan mengidap HIV dan AIDS atas titik-titik noda dan perbuatan jijik manusia lain.
Kerana bapa atau suami mereka hidup bertuhankan nafsu, golongan yang tidak berdosa ini menanggung derita bahkan menjadi ‘longkang ludahan’ masyarakat.
Sedangkan mereka cumalah sang isteri yang mempertaruhkan sepenuh cintanya buat suami atau anak yang lahir ke dunia, yang sepatutnya sesuci kain putih namun telah dipalit cemar virus HIV.
Sekiranya wanita mangsa virus pembunuh itu hidup dalam cacian masyarakat dan bertindak membalas dendam kepada lelaki lain atas perbuatan bapa atau suami mereka, siapakah yang harus dipersalahkan?
“Celaka orang-orang ini, aku nak bagi mereka rasa”.
Itulah pengakuan dekad seorang gadis, Shima, yang berniat mahu menyebarkan virus HIV yang dihidapinya. Tindakan Shima itu diceritakan Zaimah Hussin saat penulis berkunjung ke kediaman kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP) itu di Pasir Tumboh, Kelantan baru-baru ini.
Zaimah 58, yang sudah hampir dua dekad berdampingan dengan dengan pesakit HIV dan AIDS di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengakui ada pesakit mendapat virus itu daripada suami atau bapa mereka yang terjebak dengan seks rambang.
Malangnya, mangsa yang bergelar anak atau isteri itu telah ditohmah oleh masyarakat sekeliling seolah-olah mereka sendiri yang membuat dosa hingga dijangkiti virus itu.
Ini menyebabkan ramai mangsa HIV mengalami tekanan emosi sehingga mereka akhirnya menyimpan dendam kepada masyarakat yang menyalahkan mereka sebelum ini.
Cerita Zaimah, Shima yang berasal dari Pasir Puteh dan kini berusia 18 tahun, dijangkiti virus itu semasa dilahirkan.

Dosa Bapa
“Bapa Shima ialah seorang pemandu treler yang terlibat dengan seks rambang. Bapanya meninggal dunia akibat penyakit AIDS pada 1996 manakala ibunya yang terkena jangkitan daripada bapanya meninggal dunia pada tahun 2005”.
‘Kata Shima ; “Aku dicerca masyarakat, saudara mara aku pun semua tak terima aku. Mak saudara aku, aku nak jejak tangga rumah dia pun dilarang sama sekali. Dah macam tu, aku nak sebarkan virus ini”, Zaimah memetik kata-kata Shima.
Seawal usia 13 tahun, Shima sudah bertekad untuk menyebarkan virus HIV itu dengan manjadi minah rempit dengan menjadikan dirinya ‘hadiah’ kepada mat-mat rempit.
“Setahu saya sampai sekarang dia buat kerja itu. Shima memang cantik, potongan badannya menarik, wajahnya putih dan hidungnya pula mancung”, kata Zaimah yang ditemani anaknya, Dr. Zahrain Zulkifly, 31, Pengurus PMP yang dipanggil papa oleh pesakit AIDS di pusat perlindungan kelolaan PMP di Bachok, Nur City Center.
Menurut Zahrain, dalam kes yang lain pula, seorang wanita cantik, Rashida, berdendam dengan lelaki dan menyebarkan virus HIV dengan menjalinkan hubungan dengan ramai suami orang.
Kisahnya cukup tragis. Rashida berasal dari sebuah daerah di Kelantan. Dia merupakan graduan universiti yang berkahwin dengan lelaki penghidap HIV tanpa pengetahuannya.
Apa yang menjadi sesal dalam hati Rashida ialah keluarga suaminya rupa-rupa sudah mengetahui hal itu sebelum mereka berkahwin tetapi bertindak merahsiakannya daripada Rashida.
“Bayangkan, setelah suami meninggal dunia disebabkan AIDS, ibu lelaki itu dengan selamba memberitahunya, alah, dah lama dah aku tahu dia ada AIDS sejak sebelum kahwin dengan kau lagi”, cerita Zahrain.
Setelah disahkan dijangkiti HIV, Rashida mengikuti rawatan dan menjalani sesi kaunseling di PMP dan kesihatannya beransur baik walaupun tidak akan pulih sepenuhnya.
Dia kemudian berusaha mencantikkan diri bagi memikat suami orang kerana berdendam dengan semua lelaki.
“Rashida memberitahu saya, asal bernama lelaki, aku akan bagi (virus itu)”, ujar Zahrain.
Zahrain memberitahu, Rashida hanya meminati suami orang dan mungkin puluhan suami orang telah bersamanya.

Suami Orang
“Sekarang dia berusia 42 tahun dan masih cantik”, kata Zahrain.
Zaimah pula berharap supaya masyarakat tidak terus menghukum penghidap HIV sebaliknya berusaha memahami golongan itu.
“Kebanyakan wanita yang menyimpan dendam sebegini ialah mereka yang pada awalnya seorang yang innocent (baik). Mereka sentiasa berbuat baik dan tidak pernah menyangka akan mendapat penyakit ini”.
“Banyak kes pesakit AIDS datang kepada saya dengan keadaan cukup trauma sampai ada yang menangis dan histeria”, katanya sambil memberitahu bilangan pesakit AIDS di Kelantan bertambah dengan lima pesakit baru menemuinya setiap minggu sejak dua tahun kebelakangan ini”.
Apa yang penting, kata Zaimah ialah masyarakat perlu menghentikan stigma terhadap mereka.
“Banyak pengalaman saya berdepan dengan kebencian masyarakat terhadap golongan ini. Ada mayat wanita yang terbiar tidak diuruskan sehingga berulat kerana tidak ada sesiapa mahu mendekatinya kerana takut dijangkiti. Ada yang diminta bayaran pengurusan jenazahnya lebih tinggi sehingga RM1,800, walhal jenazah biasa sekitar RM200 hingga RM400 sahaja”, kata Zaimah yang sudah 19 tahun berdampingan dengan pesakit AIDS.
Zaimah turut menjelaskan, penyakit AIDS boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan.
“Rawatan yang diterima akan memberhentikan keaktifan virus tapi ia masih kekal dalam diri pesakit”, katanya.

Isnin, 10 Oktober 2011

Keajaiban Bersedeqah 03

Penglihatannya pulih seperti sediakala
Pada suatu hari seorang anak bermain bersama kakaknya dengan memegang sebilah pisau. Tiba-tiba si adik menghayunkan pisau tersebut ke arah mata kakaknya yang mengakibatkan luka. Si kakak pun segera dikerjarkan ke hospital lalu dipindahkan ke hospital Riyadh. Setelah menjalani pemeriksaan yang rapi, kumpulan doktor memutuskan bahawa harapan kornea matanya untuk kembali pulih sangatlah tipis, sehingga mustahil dia dapat melihat seperti sediakala.

Si ibu yang sedang menemani anaknya yang sedang sakit pada suatu hari teringat akan keutamaan bersedeqah. Dia meminta suaminya membawakan seutas rantai emas miliknya dimana dia tidak memiliki kekayaan selainnya. Dia ingin sedekahkan rantai emas tersebut meskipun keadaan ekonominya juga kian lemah. Dia berdoa kepada Allah dengan mengadu ; "Wahai Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku tidak memiliki harta selain rantai emas ini, maka jadikanlah sedeqahku ini sebagai cara untuk kesembuhan puteriku ini".

Keesokan harinya doktor datang untuk melakukan pemeriksaan anak tersebut lalu menyatakan hal yang sama seperti sebelumnya bahawa anaknya tidak ada lagi harapan untuk sembuh. Beberapa hari selepas itu, datang doktor lain untuk memeriksanya, dia berfikir sejenak dan memerhatikan dengan teliti. Tiba-tiba dia memutuskan untuk segera melakukan pembedahan dan pembedahan itu berjaya berkat kurnia Allah. Anak perempuan itu pun kemudian pulang ke rumahnya dengan selamat tanpa ada kesan luka sedikit pun di wajahnya dan penglihatannya kembali pulih seperti sedia-kala.